Rahsia sujud.
Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah
berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung.
Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary
mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah
dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk
menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen
dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji
dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius
akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak
manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang
dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka
otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan
pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak
serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama
ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam
kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa
SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)
Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa
kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada
sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan
menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji
dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir
dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan
“rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan
menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah
Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah
tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling
disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan
bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang
hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang
yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan
ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan
mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya
ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan
seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal
kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila
ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka
tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan
dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia
mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa
solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke
tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan
bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki
gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan
merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya
untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang
mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com