4 golongan lelaki yang di tarik masuk ke NERAKA!
Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk
ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu.
Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2
perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti
mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak
menutup
aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
(Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal
keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat &
saum?..menutup aurat?..pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya,
maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)
2. Suaminya
Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk
isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi
untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal,
maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
(Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal
keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika
tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau
akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya
mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran
Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya
menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan
dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dengan
maksiat... dan tidak menutup aurat.)
4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila
ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka
anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu....
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tidak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api'
neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)
Lihatlah.....betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di
dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari
api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."
nice info :)
BalasPadamlelaki menanggung tanggungjawab dan amanah yang tinggi dan berat.
BalasPadammudah-mudahan kita menggalasnya dengan baik
semoga Allah memudahkan kita