Ilmu yang ada bukan milik kita.

Disember 02, 2014
Kebanyakkan orang merasakan ilmu yang mereka adalah sangat mahal dan tidak boleh dikongsikan dengan orang lain.

Ini mungkin kerana mereka merasakan ilmu yang mereka ada, sangat susah untuk di cari dan tidak mungkin ada pada semua orang.

Tapi mereka mungkin lupa, ilmu yang mereka ada bukanlah hak milik mutlak mereka. Ianya adalah milik Allah. Yang maha agung dan maha berkuasa.

Pernah tak korang alami, bila ilmu yang biasa korang gunakan, tiba-tiba hilang dalam minda korang. Sebagai contoh:

" Aduh, aku ingat benda ni, aku selalu buat, harini pulak lupa, aduh"

Pernah kan? Inilah kuasa Allah. Allah nak tunjuk yang ilmu yang kita ada tu, bukan hak milik kita sepenuhnya. Sebab tu dia bagi kita lupa kejap. Kalau betul ilmu tu kita punya, kenapa kita boleh lupa? Kan?

Jadi, jangan pernah sombong dengan apa yang kita ada. Kalau pun kita antara yang tercerdik dalam kawasan atau negara atau dunia, jika Allah berkehendakkan sesuatu, mesti jadi.

Kot jadi kemalangan, dan menyebabkan seseorang tu lupa ingatan? Ha? Camna? Nak cakap ilmu tu milik kita lagi?

Aku menulis kerana aku merasakan terlalu ramai orang sombong dengan ilmu mereka. Terlalu angkuh. Ilmu tinggi dan ilmu rendah, jika di kuburkan, tetap sama. Tak tulis pun kat kubur tu, ini kubur orang pandai. Tak tau lah kot ada yang tulis camtu kan?

Jadi, jangan pernah takut untuk kongsikan ilmu tu. Lagi banyak ilmu yang dikongsikan, lagi banyak ilmu yang kita dapat.InsyaAllah.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.