Harta syarikat VS harta sendiri.
Biasakan jumpa dengan orang macam ni. Yang menjadikan harta syarikat sama macam harta sendiri. Rasanya banyak orang macam ni kat syarikat-syarikat di malaysia ni.
Sama dengan halnya di tempat kerja aku. Sewaktu aku bekerja pada hari cuti ( hari ahad), ada seorang pekerja datang bersama dengan tunang dia, masuk opis ( pekerja ni bekerja di bahagian production) , selamba je masuk dalam bilik simpanan barang, ambil sejumlah kertas A4 ( banyak jugaklah), kemudian photostat. Aku tak pasti pulak apa yang dia photostat tu, tapi lama la jugak. Dah siap semua, masukkan dalam file, kemudian pergi camtu je.
Aku agak, mungkin dia nak jimat duit. Sebab kalau kat luar, mesti kena bayar. Tapi perangai serupa itu, macam kurang elok lah kan. Ini bukan untuk kegunaan peribadi, tapi kegunaan untuk syarikat.
Ada pulak kes, ada seorang pekerja, menggunakan laptop yang di khaskan untuk technician, untuk kegunaan peribadi. Bila di tanya mana laptop tu, beliau cakap ada dirumah, anak guna untuk buat report sekolah.
Mak ai. Sampai macam tu sekali?? Ish! Dahsyat sungguh. Dah orang yang patut guna laptop tu, terpaksa pinjam komputer orang lain.
Ini belum cerita bahagian stationery lagi. Habis semua di ambilnya, bawak balik rumah, kasi anak-anak bawa ke sekolah. Jimat dah, tak perlu beli pen dan barang lain.
Ada tu, kamera syarikat penuh dengan gambar family. Bila kita nak gunakan kamera tu, macam pinjam dengan owner pulak. Macam-macam alasan dia bagi. Sudahnya, bila di tanya, mana kamera, katanya di rumah, tertinggal.
Ayaks! Sudahnya, syarikat mengeluarkan belanja yang tinggi, hanya kerana perlu membeli semula barang yang sepatutnya boleh digunakan untuk tempoh masa tertentu.
Ia berkaitan dengan sikap dan tanggungjawab. Kalau ada tanggungjawab dan memikirkan yang ia bukan hak kita dan milik semua orang, ianya pasti tak jadi macam ni.
Berubahlah, Kesian kat kawan-kawan lain. Kena susah payah hanya kerana sikap sesetengah orang yang pentingkan diri sendiri.

Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com