Di ganggu makhluk halus di tempat kerja!

Disember 18, 2014
Ceritanya waktu aku masuk kerja hari ahad lepas. Waktu ahad, siapa je yang kerja kan? So, aku sorang jelah kat opis time tu.

Rasanya, waktu tu jam 1800, dengan gelap nak hujan, hish. Sorang-sorang pulak tu. Bunyi aircond je ada. Hish!

Aku ngah layan video time tu. Ayaks. Bukan buat kerja. Sebab waktu ni, aku dah nak balik dah pun. Ngah sedap-sedap ketawa sorang-sorang, Arch file (File yang keras isi data tu) Gerak-gerak kat belakang aku.

Gila! Dah kenapa file gerak sendiri waktu-waktu macam ni?? Huh! Aku buat tak tau jelah. Biar lagi. Dia gerak lagi. Hati dah tak sedap. Dalam kepala aku fikir, aduh, jin mana yang kacau aku nih!

Aku toleh kat rak yang letak file tu. Memang bergerak! Macam orang tarik-tarik file tu! Aduh! Betul memang kena kacau ni!

Aku tutup video yang aku tengok tu, dan fokus pada file yang bergerak sendiri tanpa ada orang yang gerakkan. Lama aku tengok file tue.

Sudahnya, Argh!!

Ada tikus kat celah file-file tu! Tikus?? Huh! dah kenapa dalam opis ada tikus ni? Selamba je beliau lalu depan aku. Dah la buat aku fikir bukan-bukan. Daripada gelak tengok video orang kena prank, dah aku pulak yang kena.

Sudahnya, aku shutdown komputer, kemas bag. Terus balik kerja. Makan roti canai kari kambing pun sedap, lawan dengan teh tarik. Fuh! Sekian.


6 ulasan:

  1. hahahahah!! rupanya!! ingatkan ada hantu!! terus sy pun tgk bhgian arch file dlm ofis sy ni huhuhu kot2 pandai begerak sendiri jugak hihihih

    BalasPadam
  2. haha seriau dah aku baca sesorang nih! dah la lunch hour cegini aku sorang je kat opis! hahahaha

    <a href="http://kerusiburok.blogspot.com/2014/12/hadiah-tak-dituntut.html>hadiah tak dituntut</a>

    BalasPadam
  3. Hehehehhe. Jangan skip makan tengahari yer. :)

    BalasPadam
  4. Alahai tikus yang ganggu rupernyerr ..Ingatkan betul2 makhluk halus hehehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.