Dah malas nak keje lagi!
Hmm, aku betul-betul terasa malas sangat nak kerja sekarang ni. Macam-macam benda aku perlu hadap. Aku sangat respek pada suami-suami yang bekerja sendirian, mencari sesuap nasi untuk keluarga. Untuk kelangsungan hidup keseluruhannya.
Ternyata, bukan mudah bekerja sendirian. Boleh kata, hampir kebanyakkan keluarga, bekerja bersama-sama. Dan itu juga, ada yang masih belum cukup pendapatannya. Dan bagaimana pula dengan yang bekerja sendirian?
Aku mencari hiburan sendiri. Untuk menghilangkan rasa tekanan di dalam jiwa aku. Ianya datang secara berkelompok dalam satu masa. Yang perlu juga di selesaikan dalam 1 masa.
Persoalan yang timbul adalah, bila aku perlu berhadapan dengannya secara individu dan bukannya berpasangan.
Ini yang membuatkan aku terasa sangat-sangat malas untuk bekerja. Tapi perkara ini tak boleh timbul dalam jiwa aku. Kerana ada perut yang perlu aku usahakan, untuk diisi supaya ianya tidak lapar.
Aku perlu menjaga mereka. Dan ianya memerlukan pengorbanan aku. Menghadapinya secara bersemuka.
Ada masanya, bila aku balik kerja. Aku berhenti tepi jalan. Saja je duduk tepi jalan tengok kenderaan yang lalu lalang. Aku suka tengok gelagat manusia. Ianya dapat membantu aku menghilangkan rasa tekanan di dalam jiwa aku.
Bukan mudah, bukan mudah bila lelaki ingin mengambil masa bersendirian bila sudah bekeluarga. Bila kita ingin ambil sikit masa, dikatakan kita tidak sedar yang kita sudah berkahwin. Ada keluarga. Jadi, semuanya mesti "bekeluarga".
Nanti si isteri akan bersuara:
Bagaimana pula dengan penat suami? Harus di campak ke mana penat itu? Tekanan itu? Bila balik rumah, isteri bercakap itu dan ini. Belum sempat lagi kaki masuk dalam rumah.
Bukan tiada masa bersama keluarga. Hampir 90% masa yang ada, habis bersama keluarga, Cuma mintak 10% sahaja masa itu.
Syurga Allah, bukan mudah untuk dihuni. Ramai yang bercakap, hargai isteri anda, mereka berpenat untuk suami, menjaga agar semuanya lancar.
Hari ini, aku pulak nak cakap, Hargai suami anda. Mereka berkorban pelbagai perkara "tanpa" pengetahuan isteri.
Jangan hanya mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan keperihan isteri tanpa melihat apa yang suami lakukan.
Allah maha berkuasa. Dia mampu menjadikan segala yang dia inginkan. Dia maha pencipta. Maha berkuasa.

" Penat saya di rumah, siapa yang ambil tahu?, Ingat senang ke jaga anak? Kemas rumah, memasak semua, penat tau"
Bagaimana pula dengan penat suami? Harus di campak ke mana penat itu? Tekanan itu? Bila balik rumah, isteri bercakap itu dan ini. Belum sempat lagi kaki masuk dalam rumah.
Bukan tiada masa bersama keluarga. Hampir 90% masa yang ada, habis bersama keluarga, Cuma mintak 10% sahaja masa itu.
Syurga Allah, bukan mudah untuk dihuni. Ramai yang bercakap, hargai isteri anda, mereka berpenat untuk suami, menjaga agar semuanya lancar.
Hari ini, aku pulak nak cakap, Hargai suami anda. Mereka berkorban pelbagai perkara "tanpa" pengetahuan isteri.
Jangan hanya mengeluarkan kata-kata yang menunjukkan keperihan isteri tanpa melihat apa yang suami lakukan.
Allah maha berkuasa. Dia mampu menjadikan segala yang dia inginkan. Dia maha pencipta. Maha berkuasa.
Salam kenal... eyza singgah dari Segmen "Nak URL Blog #11"
BalasPadamJom singgah blog eyza.. eyza ada buat GA.. :)