Bukan susah pun!

Disember 17, 2014
Apa yang aku maksudkan dengan tajuk entry aku kali ini, adalah, bukannya susah pun nak click iklan yang menari-nari dan berjoget-joget di blog rakan-rakan blogger.

Sejak semalam, aku menjadi semakin rajin untuk click iklan-iklan yang ada pada blogger rakan lain. Walaupun rakan itu tidak menjadi rakan kepada aku dan aku menjadi rakan kepadanya. Hehehe, faham tak?

Aku suka blogwalking blog dan mencari info-info menggunakan khidmat pakcik google. Dan bila dia menghubungkan aku dengan blog-blog berkaitan, perkara pertama yang aku buat adalah, click pada semua iklan yang ada dalam blog tu, barulah baca info yang aku inginkan.

Sebenarnya, kita tak perlu keluarkan apa-apa pun, cuma click sahaja. Senang sangat. Kalau minta derma RM0.10 atau RM0.20, mungkin ada sedikit sukar ( sukar ke? mungkin pada sesetengah orang).

Mungkin ada sesetengah rakan yang menganggap click daripada mereka adalah sangat mahal dan hanya untuk orang-orang yang tertentu sahaja.

Tetapi tidak pada aku. Kerana aku merasakan, ianya sangat mudah dan aku tidak mengeluarkan apa-apa pun. Dan serba sedikit boleh membantu rakan-rakan mencari pendapatan sampingan.

Jadi, jomlah membantu antara satu sama lain. Hehehehehhe.


1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.