Penilaian tidak setanding prestasi.

Disember 10, 2014
Alhamdulilah, harini merupakan hari pembayaran bonus. Walaupun tidak sebanyak seperti yang di gembar-gemburkan, semua pekerja haruslah bersyukur kerana syarikat masih ingin memberikan bonus kepada setiap pekerja.

Tetapi di dalam keseronokan pekerja menghabiskan duit mereka, ada segelintir pekerja yang tidak berpuas hati dek kerana memperolehi penilaian yang rendah daripada ketua masing-masing.

Isu utamanya adalah, mereka lebih banyak bekerja. Tetapi mendapat penilaian yang rendah. Ini dibandingkan dengan pekerja yang mendapat penilaian yang tinggi tetapi umum mengetahui akan prestasinya.

Pada aku mudah je, mungkin ketua mereka menilai pekerja bukan melalui kerja yang dilakukan tetapi "attitude".

Mungkin kerana pekerja ini "dilihat" bekerja keras di depan mata mereka dan dengan mudahnya ketua mereka menilai mereka sebagai seorang yang bekerja keras.Kalau dalam bahasa mudah, pekerja ni kuat bodek. Ha.

Dalam isu ini, ketua seharusnya bersikap adil dalam menilai orang. Dan melihat dari semua sudut. Ketua juga perlu menerangkan, bagaimana mereka menilai setiap pekerja bawahan mereka. Bukan hanya memberi keputusan sahaja.

Apa pun, setiap pekerja dah mendapat bayaran dari apa yang sudah di nilai. Setiap pekerja haruslah bersyukur kerana ianya adalah rezeki bagi anda dan keluarga.


1 ulasan:

  1. Perkara biasa bro..yg kuat membodek tulah yang tnggi markahnya..

    Tuhan itu maha Adil. Takpe..duit gaji yang di ambil bulan2x tu...akan di ambil semula..bersabar lah..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.