Bicara awal pagi.

Disember 01, 2014
Alhamdulilah, hari ini masuk hari pertama bulan disember. Penghujung tahun 2014, dan kemudiannya kita akan memasuki bulan januari 2015, tahun yang dikatakan permulaan kepada tahun-tahun yang mencabar.

Kita tak boleh lari dari semua ini. Kita perlu berhadapan dengannya. Inilah kehidupan sebenar.

Bulan 12 adalah bulan kewangan. Dimana, bonus di bayar pada bulan ini. Ada 2 bulan yang mana semua pekerja di tempat aku tunggu, bulan 6 dan bulan 12, sebab? Bulan ni bulan bonus.

Apa yang cuba aku sampaikan adalah, permainan yang dimainkan syarikat. Aku tak boleh cakap banyak pasal benda ni, sebab ia adalah hak syarikat, tetapi bagaimana pula dengan hak pekerja?

2 bulan sebelum pembayaran bonus, nilai yang akan di bayar adalah cukup tinggi. Tetapi nilainya berubah mendadak bila tinggal 1 minggu lagi pembayaran akan di buat.

Terlalu rendah! Memang benar kita perlu bersyukur dengan apa yang diberi, tetapi jika itu adalah hak kita, dan kita tidak di bayar dengan betul, adakah anda akan bersyukur?

Katakan gaji anda RM3000 sebulan, tetapi syarikat cuma bayar RM2000, anda bersyukur?

Dan nilai bonus yang sepatutnya anda dapat adalah RM10,000 tetapi syarikat cuma bagi RM7000, adakah anda bersyukur?

Sudah pasti bermacam perkara yang sudah anda rancang, untuk kegunaan keluarga ataupun peribadi. Tetapi terhalang dek kerana permainan yang cuba dimainkan syarikat.

Inilah nasib sang pekerja bawahan. Bila ada rakan-rakan yang menyampaikan perihal perkara ini kepada aku, aku cuma berkata:

" Berhenti kerja je bro, meniaga, tak perlu tunggu bonus orang kasi, ko sendiri dapat bonus tiap bulan. Kalau ko masih memilih untuk bekerja kat sini, so kena terima apa sahaja yang syarikat beri."



Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.