Berkongsi dunia dengan makhluk lain.

Disember 22, 2014
Semua umum mengetahuikan, yang bumi bukan sahaja menjadi tempat tinggal manusia, malahan makhluk lain juga menghuni bumi.

Sebelum rehat tengahari, sempat juga aku berbual kosong dengan rakan-rakan. Salah seorang daripada rakan aku, menetap di rumah sewa aku sebelum ini. Sebenarnya banyak cerita tentang rumah sewa aku sebelum ni, cuma aku tak cerita kepada rakan aku ni.

Rakan-rakan lain selalu mengusik rakan aku ni katanya, macamana rumah sewa yang ko duduk sekarang? Ok tak?Rakan aku ni cuma kata, ish, rumah ni berhantu ke? Ayaks! Aku yang dengar ni, senyum jelah.

Aku tinggal kat rumah tu 10 bulan. Sepanjang aku tinggal kat situ, hanya sekali sahaja aku sekeluarga "diusik", itupun atas kesalahan aku sendiri. Yang lain tu, cuma "cuit-cuit" je.

Rakan aku ni cerita, rakan serumah ada terdengar bunyi kecil menangis waktu malam. Aku cuma kasitau, kan sebelah rumah ada anak kecil. Tak mustahil anak jiran tu yang menangis. Kan?

Sebenarnya, wife pernah cerita kepada aku, waktu tu aku kerja. Wife cerita, di bahagian tengah rumah, betul-betul di bawah kipas, wife aku ada nampak seorang wanita tua dan seorang anak kecil. Kedua-duanya memakai tudung.Anak kecil tu, sedang bermain. Berlari mengelilingi wanita tua tu.

Dan kemudian berhenti sambil tersenyum melihat wife aku yang ketika itu sedang tidurkan anak kami. Apa yang wife aku ceritakan lagi, anak kecil tu, seakan ingin mengajak anak aku bermain bersamanya.

Dan ada kata-kata yang wife aku keluarkan yang membuatkan "bayangan" itu hilang sekelip mata. Dan perkara ini terjadi pada jam 1200 tengahari!

Aku cuma cakap pada dia, kita berkongsi dunia dengan yang lain. Islam mengajar kita, apa yang perlu ada di dalam rumah.

Rumah sewa aku sebelum ni 2 tingkat. Sepanjang aku tinggal kat situ, cuma 2 atau 3 kali sahaja aku naik tingkat atas.Bila sesuatu bilik tu, jarang kita masuk, tak mustahil, akan ada makhluk lain yang akan mendiaminya.

Rajin-rajinlah solat jemaah di dalam rumah, baca al-quran, adakan majlis ilmu, buat kenduri. InsyaAllah, kita di lindungi Allah.


1 ulasan:

  1. setuju tu..memang ada kejadian2 macam ni..kita berkongsi dengan mereka kan..biasanya mereka je nampak kita..kita tak nampak mereka..
    setuju juga dengan ayat last tu

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.