Bekerja dengan amanah.

Disember 22, 2014
Bukan mudah bila kerja kita melibatkan amanah. Amanah yang di beri haruslah dipikul dengan baik. Dan bukannya sambil lewa sahaja.

Aku cuma ingin meluahkan rasa kecewa aku terhadap seorang kerani di tempat kerja aku. Beliau menjaga segala barang keperluan kerja ( Stationery).

Aku selalu memerlukan pen berdakwat basah warna hitam. Ini kerana, ianya memudahkan aku untuk menandatangan apa-apa dokumen yang berkaitan dengan aku.

Tapi, bila aku meminta pada beliau, tidak pernah nya ada. Alasan yang diberikan adalah, masih dalam order lagi.

Yang buat aku heran, bila manager minta, ha, ada bos, kejap ye. Aiks. Ada pulak kan? Tadi kata masih dalam order?

Memang betul, pen je, tapi itukan amanah? Walaupun ia sekecil perkara, ianya tetap bawah amanah. Ia adalah hak orang lain, jadi, seharusnya perlu sampai kepada yang empunya.

Terkadang, banyak perkara di anggap kecil, tetapi, memberi impak yang besar kelak. Tak siapa yang tahu.


1 ulasan:

  1. selalu macam tuh la, bila keja ramai2 nie, dalam bebanyak mesti ada yang tak berapa nak buat hati kita tak sakit

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.