Taknak derma darah.

November 03, 2014
Ha. Aku sendiri takda jawapan, kenapa aku taknak derma darah. Wife aku selalu menyuruh aku supaya aku menderma darah. Kerana katanya, banyak kebaikan bila kita menderma darah.

Bila disuruh, aku pasti akan menolak dengan jawapan, " orang lagi nak bagi aku darah, takkan aku nak kasi orang darah lagi kut?". Ha, inilah jawapan yang selalu aku beri pada isteri aku.

Sebenarnya, aku taklah terlalu kurus hingga tidak melayakkan aku untuk menderma darah. Berat aku 75kg. Ha, nampak sangat layak disitu kan?

Cuma, kepala aku selalu memikirkan, kesan-kesan selepas daripada menderma darah tu. Macam badan lemah ke, leh pengsan ke, dan macam-macam lagi la.

Tapi sebenarnya tak terjadi pun. Adik ipar aku antara yang kerap menderma darah. Penuh juga buku beliau.

Terkadang aku terfikir juga, ada baiknya menderma darah ni. Ia mungkin dapat menyelematkan orang lain.

Wife aku pernah bekerja sebagai jururawat, dan katanya, stok darah di hospital semakin berkurang, kerana adanya orang macam aku ni, yang tidak mahu menderma darah (yeker?)

Rasa aku macam banyak je. Sebab selalu jugak nampak kempen derma darah, dan ramai juga yang mendermakan darah mereka? Hmm.

InsyaAllah, mungkin 1 hari nanti, aku nak juga derma darah aku ni. Mungkin ada yang memerlukan.

Owh. Lupa pulak nak kasitau kumpulan darah aku. Aku berdarah O+.


4 ulasan:

  1. Acik O+...Nak sangat derma darah tapi tak layak sebab darah cair...

    BalasPadam
  2. Ha. Darah kita sama. Hehehehhe. Darah cair? Macamana nak tahu?

    BalasPadam
  3. darah O tu lah yg dikejar2 sbb dia blh derma kat seme org.hehe...sy plak teringin sgt nak derma darah tp sll xde peluang nk derma.

    BalasPadam
  4. Ha. Dah ada niat tue. Eloklah di teruskan. Hehehehe.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.