Sombongnya manusia itu.
Semalam, sewaktu rehat, selesai sahaja makan tengahari, kami akan duduk berkumpul di kawasan rehat tempat kerja sambil berbual-bual kosong. Ini sementara untuk menunggu waktu masuk kerja semula.
Kami berbual tentang, berapa ramai anak muda yang mempunyai "cash money" sehingga RM60K untuk membayar kereta.
Ini kerana, ada rakan kami yang membeli kereta cash. Alasan yang diberikan adalah, tidak mampu untuk membayar bulanan kereta.
Aku cuma membalas perbualan mereka dengan ayat, "berapa ramai anak muda yang ada cash money sebanyak itu?"
Semuanya boleh jadi kebarangkalian wang daripada ibu bapa. Memang benar, ada segelintir yang punyai wang sebanyak itu, tetapi tidak ramai jumlahnya.
Apa yang benar-benar menarik perhatian aku adalah, dengan 1 ayat yang dikeluarkan seorang yang pada aku merasakan dirinya cukup sempurna.
Berbual semasa beliau ingin mengeluarkan wang itu untuk pembayaran kereta, pegawai bank menanyakan pelbagai soalan kepada beliau. Bagaimana beliau mempunyai wang sebanyak itu.
Aku tak fokus sangat dengan perbualan mereka, tetapi aku sangat tertarik dengan 1 ayat yang keluar dari mulut orang ini.
Hamboi, angkuhnya ayat. Aku tak pasti samada ia bergurau atau memang benar. Lagipun, aku kurang kenal dengan mamat ni.
Cuma ayat itu yang membuatkan aku sedikit marah. Apa ingat, bila jadi ketua sesuatu tempat, secara automatik tanah itu menjadi milik beliau ke? Apa suka-suka nak halau orang ke?
Ini malaysia, tanah rakyat. Bukan individu. Kita hidup aman dan damai untuk sekian lamanya. Penat nenek moyang kita berjuang untuk memerdekakan tanah kita. Jadi, ianya milik semua orang. Jadi, jagalah ia sebaik mungkin. Bukan berbalah dan suka-suka nak buat itu ini kan?
Ish. Inilah jadinya bila manusia terlalu inginkan kuasa.

"Aku kalau dia banyak tanya, aku cakap bapak aku adun kawasan xxx, berani dia nak tanya banyak, kang kena keluar dari negeri xxx ni".
Hamboi, angkuhnya ayat. Aku tak pasti samada ia bergurau atau memang benar. Lagipun, aku kurang kenal dengan mamat ni.
Cuma ayat itu yang membuatkan aku sedikit marah. Apa ingat, bila jadi ketua sesuatu tempat, secara automatik tanah itu menjadi milik beliau ke? Apa suka-suka nak halau orang ke?
Ini malaysia, tanah rakyat. Bukan individu. Kita hidup aman dan damai untuk sekian lamanya. Penat nenek moyang kita berjuang untuk memerdekakan tanah kita. Jadi, ianya milik semua orang. Jadi, jagalah ia sebaik mungkin. Bukan berbalah dan suka-suka nak buat itu ini kan?
Ish. Inilah jadinya bila manusia terlalu inginkan kuasa.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com