Rumah juga menjadi lokasi berbahaya untuk anak.

November 20, 2014
Sebenarnya, rumah juga bukanlah lokasi yang selamat untuk anak-anak. Bagaimana keadaan atau rumah yang boleh kita kategorikan sebagai tidak selamat kepada anak-anak?

Perhatikan kepada barang-barang atau alat-alat yang boleh menjadi senjata berbahaya kepada anak kita. Sebagai contoh, televisyen. Ia di anggap perlu ada pada setiap rumah, tetapi ia juga boleh menjadi senjata berbahaya kepada anak kita. Jika kita meletakkan di atas kabinet, dan anak kita menarik televisyen dan terjatuh di atasnya, ia boleh mengundang perkara yang lebih teruk.

Garpu tajam, pensel atau pen atau alat-alat yang digunakan untuk memasak juga boleh mendatangkan bahaya pada mereka.

Mainan yang kita beli juga boleh menjadi bahaya kepada anak. Sebagai contoh, mainan kecil, jika kita tidak memantau anak kita sewaktu mereka bermain, mereka mungkin akan memasukkan mainan kecil ini di dalam mulut dan boleh menyebabkan ia tersekat di tekak dan boleh mengundang perkara yang lebih teruk.

Bilik air yang mempunyai baldi besar, cerek panas, seterika panas atau berat, almari yang boleh bergerak jika ditarik oleh anak kecil, serta macam-macam lagi alatan berbahaya.

Semuanya adalah tanggungjawab ibubapa. Ibubapa yang patut memantau anak-anak dan menjadikan rumah sebagai tempat yang selamat untuk mereka.

Kelekaan yang sedikit boleh mengundang penyesalan bertahun lamanya.

   

2 ulasan:

  1. betul tu.. sebab tu kena pasang safety gate... pasang kat tangga, dapur ngan toilet... tu pun ligat lagi anak-anak main macam-macam :p

    jemput join > http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    BalasPadam
  2. yang bab tv tuh memang bahaya..zaman skg nih plak tv flat screen..lau tertarik sikit mesti senang jatuh..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.