Peperiksaan SPM 2014 hari ini!

November 03, 2014
Alhamdulilah. Syukur kerana aku masih lagi di berikan kehidupan pada hari ini. Hmm, hari ini, peperiksaan SPM bermula. Ish, teringat lah waktu amik SPM 12 tahun lepas. Macam-macam perasaan ada time tu. Kena pulak pagi tu sejuk, bertambahlah gementar!

Dalam dewan, macam-macam ragam ada. Yang rilek je ( tak tahu samada dia tau jawab or dia tak tau jawapan), yang cemas semacam, yang tersenyum, yang masam muka, macam-macam ada.

Aku? Hahahahha, terus terang aku katakan, aku buat tak tau je. Sebab? Aku tidak tergolong dalam mereka yang aktif dalam pelajaran. Sewaktu sekolah dulu, aku aktif dalam bidang sukan. Boleh ke macam tu? Hehehehe.

Bayangkan, seminggu lagi nak SPM, aku masih join lagi sukan dalam peringkat daerah dan negeri. Sekolah-sekolah lain, dah tak benarkan pelajar tingkatan 5 mereka untuk join mana-mana sukan. Sekolah aku je boleh. Hehehehe.

So, bila keadaan seperti ini berlaku, resultnya sudah pasti tidak memberansangkan. Dulu kan, mana ingat nak fikir macamana sekarang ni, semua fikir nak seronok je. Itu yang ada dengar, kadang-kadang orang cakap, " aku dulu kalau belajar rajin-rajin, takda la susah sekarang ni".

Tapi berbeza dengan aku. Aku tak pernah cakap ayat macam kat atas tu. Kerana aku pasti, tak semestinya kita tak pandai dalam pelajaran, kita sudah tidak mampu untuk berjaya.

Pucuk pangkalnya adalah usaha. Ada usaha, semua boleh jadi. Rezekikan ada untuk setiap orang. Yang penting usaha.

Aku bukan nak ajar orang ikut aku. Aku cuma beritahu apa yang aku lakukan.

Apa pun, Semoga maju jaya pada semua calon SPM 2014! Semoga mendapat keputusan yang cemerlang dan membanggakan keluarga anda! InsyaAllah. Amin.

*Harap-harap takdalah kes macam peperiksaan UPSR yang lepas. :)


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.