Penatnya!

November 17, 2014
Huhuhu. Harini, betul-betul terasa penatnya (Kalau nak di bandingkan dengan hari-hari yang lain), Mana tidaknya, harini terpaksa bekerja di production line.

Permintaan produk semakin meningkat, dan ini memaksa syarikat untuk menjalankan 2 shift operation. Dan aku secara langsungnya juga terlibat di dalam operasi ini.

Bukan di dalam production team, tetapi di dalam team yang mewujudkan 2 shift operation ni. Kira orang yang kena jadikan perancangan ni berlaku la.

Untuk proses setup ni, memang sangat memenatkan. Di tambah pula dengan permintaan manpower yang macam-macam ragam. Itu tak kena, ini tak kena. Hish, penat sungguh!

Tapi, cabaran ini perlu juga di harungi. Sama juga dengan kehidupan. Setiap cabaran yang datang, perlu diharungi, bukan cabut lari!

Ini adalah pengalaman yang tak mungkin dapat dibeli. Ia juga dapat mematangkan pemikiran. Jika ianya di pandang dari sudut positif.

InsyaAllah, syarikat beri cuti 2 minggu pada bulan 12 ni, akan aku guna untuk berehat secukupnya. Kena pulak bulan 12 adalah bulan bonus. Harap-harap banyaklah yang syarikat bagi yer. Hehehehehe.

Oklah, takat ini dululah. Nak kena sambung dengan shift malam punya preparation pulak. Memang confirm balik lewatlah hari ini.

See ya!


2 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.