Pelik dengan sikap rakan sekerja.

November 13, 2014
Di tempat aku bekerja sekarang, pihak syarikat kebiasaannya akan menghantar pekerja untuk training ke luar negara. Samada ke thailand, jepun, eropah atau mana-mana negara yang terpilih.

Department aku merupakan department yang semestinya akan menghantar pekerja ke luar negara, berbanding dengan department lain.

Kesempatan inilah, yang biasa digunakan rakan-rakan dari bahagian lain. Sebagai contoh, setahun, kebiasaannya akan ada 2 kali penghantaran pekerja ke luar negara. Jadi, mereka menggunakan alasan, untuk silih mengantikan orang untuk setiap kali penghantaran.

Sebagai contoh, jika pada awalnya, seorang pekerja sudah di hantar, maka pada kali keduanya, gantikan pula dengan orang lain.

Yang menjadi isunya adalah, orang yang ingin di hantar itu, tidak ada kena mengena langsung dengan kerja tersebut. Dalam erti kata lainnya, tujuan orang itu di hantar adalah kerana ingin makan angin sahaja!

Setiap kali pulang dari bisnes trip, Akan ada report dengan majikan. Ini tidak menjadi masalah dengan mereka yang terlibat secara langsung dengan kerja tersebut, tetapi menjadi masalah pada mereka yang langsung tak tahu apa-apa ni.

Pergi sekadar untuk berseronok, dan pulang dengan bermacam-macam barangan sebagai kenang-kenangan. Sebab, semua report orang lain yang buat.

Ada pulak tu, yang pergi, semua takda kaitan. Kemudian, apa report yang nak buat? Aku tak kisah, jika mereka yang terlibat secara langsung, kerana mereka perlu untuk pergi. Supaya mereka tahu setiap yang berlaku.

Ini, yang takda kaitan ni, pergi buat apa? Kalau balik, dan mereka ada bantu, tak apa juga, bila balik, sudah pasti mereka akan sibuk dengan tugasan mereka. Dan sudah pasti juga, yang terlibat itu, akan bekerja sendirian!

Ini yang dinamakan " No function"! Pergi untuk berseronok, balik takda apa-apa. Yang terlibat ni, ternganga jelah.

Kalau tak hantar kang, muka masam, tak bertegur sapa lah, apa lah, macam-macam. Inilah kerenah manusia.

Hmmm.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.