Lumrah kehidupan bagi yang baru mengenal dunia kerjaya.

November 20, 2014
Pagi tadi, sewaktu aku sarapan kat kafe tempat kerja aku, aku duduk berdekatan pekerja-pekerja baru. Rasanya belum sampai seminggu kot mereka masuk kerja. Memandangkan baju mereka "bersih" lagi.

Aku macam biasa, sarapan mee goreng ada telur, teh panas dan sedikit kuih. Ini menu aku setiap hari, bulan dan tahun. Inilah yang aku makan setiap pagi.

Jenis aku pulak, bila makan, aku akan memandang kawasan sekeliling. Aku suka memerhatikan gelagat orang. Macam-macam ragam manusia ada. Ini yang menghidupkan bumi Allah ini.

Jadi, bila asyik tengok orang je, aku ternampak sekumpulan pekerja baru. Dalam 6 orang kut. Duduk berbual di meja. Mungkin bertanyakan mereka di hantar ke department mana. Rasanya lah.

Namun, bukan itu yang aku nak cerita, tetapi apa yang ada di atas meja mereka. Setiap dari mereka, cuma ada gelas plastik yang berisi air kosong di atas meja masing-masing.

Hmm, aku teringat, bila aku mula-mula masuk kerja dulu, nak tunggu gaji hujung bulan, dengan belum ada apa-apa belanja lagi, ini jugalah yang aku buat.

Orang kata, baru nak mula bertapak, nak cari simpanan kewangan, inilah yang perlu di lalui. Sampai 1 tahap, aku tersangat lapar, tapi takda duit nak makan waktu itu, terpaksa tebalkan muka, minta sikit roti pada kawan. Hmm.

Tapi itulah yang sebenarnya, menaikkan lagi semangat aku untuk berjaya. Berjaya dari semua aspek. Aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. Lengkap semuanya. Alhamdulilah.

Jadi, bila tengok sekumpulan pekerja itu, aku cuma tersenyum sambil dalam hati aku cakap,

" Inilah lumrah kehidupan bagi mereka yang baru mengenal dunia kerjaya"



1 ulasan:

  1. Papaglamz dari http://www.papaglamz.com/?m=1 sedang menghadapinya sekarang ni.. Huhuhu.. Bru nk mula hidup org kte kn.. Jgn lpe terjah papaglamz..

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.