Change your words change your world

November 05, 2014
Pernah dengar tentang kekuatan kata-kata ( The power of words). Yang mana, bila anda ubah penggunaan ayat, anda mampu mengubah dunia. Dan mampu mengubah persepsi masyarakat.

Aku sebenarnya, masih mencari-cari, ayat-ayat, yang benar-benar berkuasa. Yang mana, bila digunakan, mampu mengubah orang yang mendengarnya.

Aku tertarik dengan 1 video, yang menceritakan seorang lelaki buta yang meminta sedekah. Ayat awalnya seperti ini:


"I'm blind, please help"

Masyarakat yang lalu lalang disitu, tidak mengendahkan beliau kerana ayat yang digunakan, tidak punya kuasa. Atau dalam erti kata lainnya, tidak mengubah persepsi masyarakat yang membacanya.

Ayat ini kemudiannya diubah kepada ayat ini:


"It's a beautiful day and I CAN'T SEE IT"

Dan percaya atau tidak, selepas ayatnya ditukar, ramai yang mula memberi tumpuan kepada beliau dan bekas wang yang awalnya kosong, sudah penuh berisi dengan wang.

Inilah yang dimaksudkan dengan kekuatan kata-kata.

Apakah anda punya kekuatan ayat yang tersendiri?




Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.