Apa yang perlu ada di dalam kereta.

November 22, 2014
Baru-baru ni, aku ada tengok video rompakan bersenjata yang berlaku pada siang hari dan di kawasan tumpuan orang. Hish!

Orang sekarang dah semakin berani. Apakah yang menyebabkan mereka berani bertindak sedemikian rupa?

Yang merakam hanya mampu melihat tanpa ada usaha untuk membantu. Mungkin mereka memikirkan keselamatan diri dan keluarga. Jadi bagaimana pula dengan mereka yang sedang menjadi mangsa ini? Mengharapkan pertolongan orang sekeliling.

Aku terfikir, jika aku berada di kawasan kejadian, apakah yang mampu aku lakukan. Hmm. Terfikir juga, apakah senjata yang aku ada. Masalah besar boleh berlaku jika tertangkap membawa senjata di dalam kereta.

Wife aku pernah membawa hammer di dalam kereta. Atas alasan takut kalau jadi apa-apa. Aku pula risau jadinya, kot di tanya semasa sekatan jalan raya, dah sudah, nak jawab apa kan?

Telefon boleh digunakan bila kita punya masa yang panjang. Dah kalau mengelabah, nak tekan no pun boleh salah kan?

Jadi, segala apa yang ada lah yang boleh di jadikan senjata. persoalannya, apa yang ada di dalam kereta? Steering lock? Hish. Kalau yang datang tu bawak parang panjang?

Sekarang ni, macam-macam yang berlaku di atas jalan raya. Orang semakin berani merompak pada jalan yang sedang sesak. Jadi, kita perlu siap sediakan diri, andai kata, andai kata perkara ini berlaku kepada kita.

Aku masih tercari-cari, apa yang perlu ada dan tidak salah di simpan di dalam kereta. Hmm.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.