Tergamak buang anak sendiri.
Source : http://forum.xcitefun.net/
Aku semakin pelik dengan keadaan semasa dunia sekarang. Bila melihat kepada permasalahan sosial yang semakin menjadi-jadi.
Semalam, aku menonton satu rancangan yang mengisahkan seorang yang mengambil anak angkat atas kerana ibubapa mereka sudah tidak mahu menjaga anak ini.
Dan ibu nya membenarkan sahaja. Serta langsung tiada kabar berita. Ini lagi membuatkan aku menjadi semakin pelik.
Apakah tiada rasa kasih sayang kepada darah daging mereka sendiri? Aku secara terus terangnya, tidak boleh dekat dengan anak aku, kerana aku geram melihatnya. Pasti aku cubit-cubit anak aku tu. Orang cakap, kalau muka anak lelaki sama dengan muka ayah, suasana akan jadi panas. itu aku tak pasti. Tetapi bila aku ditempat kerja, aku menjadi sangat rindu pada anak aku. Dan bila aku terlalu rindu, aku bukak handphone dan lihat wajah anak aku sambil tersenyum.
Aku pasti ramai juga ibubapa diluar sana yang sangat sayangkan anak mereka. Tetapi bagi kes seperti ini, mereka seperti tiada langsung perasaan seperti ini.
Apa yang membuatkan mereka menjadi sedemikian? Apakah mereka merasakan yang anak ini menjadi beban kepada mereka? Atau hanya memberi masalah kepada mereka?
Jadi, untuk apa mereka "menjadikan" anak ini? Jika mereka tidak mahu. tidak perlu hubungan yang boleh mendatangkan zuriat.
Mengapa perlu diseksa jiwa dan nurani anak kecil ini? Mereka lebih bersih jiwanya, lebih bersih hatinya. Mengapa perlu diseksa mereka?
Aku pasti, ada suatu perasaan kecil di dalam hati setiap ibubapa yang melakukan perkara seperti ini. Allah lebih mengetahui setiap perkara yang berlaku di dalam dunia.
Lebih menyedihkan aku bila ada anak kecil yang langsung tidak mengetahui siapa ibubapa mereka. Ibubapa mereka bukan sudah meninggal dunia, tetapi meninggalkan anak mereka, membiarkan mereka hidup seorang diri, mengenal dunia yang sudah pasti banyak cabarannya.
Mengapa diseksa jiwa mereka seperti itu? Takut seorang diri, belajar seorang diri, sakit demam mereka, tiada tempat untuk mereka mengadu. Mengapa diseksa mereka seperti itu? Allahuakbar!
Bayangkan anda seorang diri di dunia, tiada siapa pun yang anda kenal. Tiada tempat mengadu, apa perasaan anda?
Kita boleh update status di FB, Twiter, laman sosial yang lain, menulis di blog. Tetapi bagaimana pula dengan anak kecil yang tidak tahu apa-apa? Mereka sekadar update perihal diri mereka di hati dan tuhan. Mempertikaikan mengapa mereka tidak lahir di dalam keluarga yang sempurna seperti orang lain. Allahuakbar!
Mengapa diseksa jiwa mereka sedemikian rupa?
Aku teringat kisah sepasang keluarga yang menerima zuriat tidak sempurna. Keluarga ini meminta ayah aku untuk menjaga anak mereka. Dan ayah aku ingin menerimanya dengan syarat. Syaratnya adalah, memberikan terus anak ini kepadanya.
Tujuan ayah aku adalah kerana tidak mahu, bila dia sudah menjaganya dengan penuh kasih sayang, keluarga ini akan mengambilnya semula dan langsung tiada kabar berita lagi.
Bila kecil tidak mahu menjaganya. Meminta orang lain menjaganya sehingga sempurna, dan bila sudah besar, ingin mengambil semula anak ini, kerana kata mereka, ini anak mereka. Dan mereka ada hak ke atas anak ini.
Jadi, jika ini anak kamu, mengapa tidak mahu menjaganya sewaktu kecil? Apa malu dengan zuriat seperti ini? Apa bezanya jika mereka sudah besar? Mereka tetap seperti mana mereka sewaktu kecil.
Fikirkan lah, jika tidak mahu, mengapa perlu anda mencari zuriat? Jika tidak mampu memberikan kasih sayang, tidak perlu ada zuriat. Jika tidak mampu menjaga mereka dengan baik, tidak perlu ada zuriat. Mengapa perlu diseksa jiwa mereka yang tidak berdosa? Allahuakbar!
Aku menulis kerana aku merasa.
itu lah manusia.dah dpt x pndai nk hargai.
BalasPadam