Taska di tempat kerja.

Oktober 14, 2014
Sewaktu aku dan isteri berkunjung ke Pejabat kerajaan di Ayer keroh melaka. Selepas daripada meletakkan kereta kami, kami berjalan menyusuri laluan untuk ke pejabat kerajaan tersebut.

Semasa dalam perjalanan tu, aku dan isteri terdengar suara tangisan anak kecil. Bila aku amati, ia datang dari sebuah rumah kayu yang sangat cantik. Dan berada di dalam kawasan pejabat kerajaan tersebut!

Rupa-rupanya, ia adalah taska. Atau pusat jagaan kanak-kanak bagi mereka yang bekerja di situ. Tersenyum isteri aku melihat keletah anak-anak disitu. Dari yang sudah besar hinggalah ke bayi.

Alangkah bagusnya jika semua tempat kerja menyediakan taska mereka sendiri. Banyak kelebihan jika ia diwujudkan.

Antara lainnya, perjalanan ke tempat kerja akan semakin pendek dan perasaan untuk bekerja itu akan menjadi lebih bersemangat.

Ada ibu bapa, yang meletakkan anak mereka di taska yang jauh daripada tempat mereka bekerja. Bila anak mereka tidak sihat, wujud perasaan tidak menentu di dalam diri ibu bapa. Dan ini akan menyebabkan kosentrasi mereka terganggu. Dan mungkin mereka akan kerap keluar untuk melihat anak mereka dan lebih teruk, terus tidak hadir bekerja.

Taska yang berdekatan, memudahkan ibubapa membuat pemantauan yang lebih dekat dengan anak. Dan memudahkan ibu yang menyusu, memberikan bayi mereka susu yang baru.

Tetapi, janganlah bila taska dekat, ibubapa lebih memberi tumpuan kepada anak mereka dan bukannya kerjaya.

Aku sangat-sangat menyokong badan-badan kerajaan atau swasta yang membina taska untuk anak-anak pekerja mereka.

Dengan kejadian yang semakin menjadi-jadi. Sudah tentu, majikan akan memastikan taska mereka mempunyai pekerja yang berkualiti dan benar-benar tahu penjagaan anak yang betul.

Apa pun, anda mungkin boleh mengusulkan perkara ini kepada majikan anda. Bayaran tetap sama cuma jarak dan tumpuan sahaja yang berbeza.

Anak tidak boleh dibeli dengan wang gaji yang anda perolehi dari pekerjaan anda. Jadi, hargai mereka seadanya.

Aku menulis kerana aku merasa..:)

1 ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.