Antara syarat lain menjadi pekerja cemerlang.
Aku suka memerhati keadaan sekeliling kawasan tempat kerja aku. Melihat gelagat orang di antara hobi aku. Aku suka melihat keletah manusia. Bermacam-macam ragam.
Dalam bidang pekerjaan pula, aku suka memerhatikan bagaimana yang disebut sebagai pekerja cemerlang. Tahniah kepada mereka yang benar-benar bekerja.
Bagaimana pula dengan mereka yang hanya sekadar mengisi masa lapang datang bekerja tetapi di istiharkan sebagai pekerja cemerlang?
Antara lainnya adalah, mereka ini sangat "rapat" dengan majikan. Ha! Betul tak?
Apa sahaja aktiviti yang melibatkan majikan atau disertai majikan, pasti mereka juga akan sertainya. Fokus mereka tidak pada kerja, tetapi pada aktiviti sosial.
Futsal, memancing, paintball, makan-makan, apa sahaja aktiviti. Ha, sebelum terlupa, bolasepak. Semua aktiviti ini pasti sama dengan majikan.
Di tempat aku bekerja sekarang, aku kerap kali mendengar majikan mengeluh tentang carakerja seorang pekerja (Meja aku bersebelahan sahaja dengan majikan aku). Tetapi, yang menghairankan aku adalah bila penilaian pekerja dilakukan, pekerja ini pasti mendapat keputusan yang cemerlang.
Ini sangat-sangat menghairankan aku. Mulut cakap itu dan ini, tetapi bila buat penilaian, pasti beliau berada di kedudukan tertinggi.
Dan ini yang membuatkan aku berfikir. Bekerja bersungguh-sungguh sahaja tidak menjamin kita diangkat sebagai pekerja cemerlang. Ia perlu disertakan dengan "nilai bahasa" yang tinggi antara pekerja dan majikan.
Ini antara aspek yang dipandang oleh mereka. Kerja tak bagus tak apa, asalkan pandai ambil hati. Owh dunia kini, ia penyebab mengapa banyak syarikat kehilangan pekerja-pekerja yang berkualiti. Pekerja yang benar-benar mampu membawa syarikat ke tahap yang lebih tinggi.
Dan siapa yang akan membela nasib mereka ini? Tiada siapa. Dan adakah mereka juga perlu melakukan perkara yang sama?
Terpulang pada hak individu. Pernah seorang rakan berkongsi pandangan beliau dengan aku. Katanya, jika " Bodek" itu perlu untuk menaikkan taraf seseorang itu, maka, perlulah seorang pekerja itu membodek majikan mereka. Itu pandangan beliau.
Pada fikiran aku. Aku tetap menjadi diri aku. Berdiri atas apa yang aku lakukan. Atas ilmu yang aku ada. Bukan setakat kata-kata sahaja, tetapi melalui tindakan.
Inilah aku. Aku menulis kerana aku merasa..

Paling penting jaga hubungan dengan Bos Besar kita Tuhan Pentadbir Sekalian Alam :)
BalasPadam