Orang bijak agama.

Oktober 17, 2014
Kalau kita bukak Tv setiap pagi, mesti ada motivasi pagi yang membincangkan pelbagai isu semasa berkaitan sosial dan agama.

Dan hampir setiap hari jugalah makin ramai pemberi motivasi pagi ini. Ada yang aku kenal dan ada yang aku belum kenal.

Itu tak kisahlah sebab mereka mungkin berkelayakan untuk memberi motivasi. Yang menjadi persoalan adalah mereka-mereka yang "mengangkat" diri mereka sebagai pakar motivasi.

Cukup sekadar membaca buku motivasi dan belajar dengan mendengar ceramah-ceramah motivasi , mereka sudah cukup layak mengajar orang.

Apakah yang melayakkan mereka? Sehingga aku merasakan mereka ini lebih "hebat" daripada pakar motivasi di negara kita ini.

Itu belum cerita mereka yang memberi ceramah agama. Wah, terkadang kita ini terlalu hina mungkin pada mata mereka. Di ceramahnya kita sehabis mungkin. Dan terkadang juga, diri mereka sendiri memerlukan bimbingan. Itu melalui mata kasar, belum lagi secara dalaman.

Ada juga yang memerlukan nasihat, tetapi di motivasikan diri kita semula. Masing-masing tahu, diri belum cukup didikan agamanya, tetapi itu tak menghalang diri dari memberi nasihat pada orang lain.

Aku cukup suka dengan kata-kata seperti " kau jaga hal kau sudah, kubur masing-masing". Aku paling suka dengan ayat ini. Jika yang mengeluarkan kata-kata ini adalah rakan-rakan aku, ini yang akan aku pulangkan kepada mereka,

" Memang benar, kubur masing-masing, tetapi kenapa kau hidup dalam masyarakat? Kenapa tak hidup sorang-sorang je dalam dunia ni? Lagi satu, apa kau ingat, kau bergolek sendiri ke masuk dalam lubang kubur tu nanti? Masyarakat sekeliling kau juga yang akan membantu, dan tak mustahil, yang memberi nasihat itu jugalah yang akan mengusung kau nanti"

Mereka ini, kadang-kadang aku rasa, terlalu angkuh dengan kehidupan mereka. Mereka lupa akan hakikat sebenar kehidupan. Yang mana yang hidup itu pasti akan mati.

Jadi, ada baik dan buruknya dalam menjadi seorang yang memberi nasihat. Pastikan diri benar-benar layak dan benar-benar berilmu. Supaya dapat mengajar dengan baik.

Dan walaupun mereka yang tidak berkelayakan dalam memberi pengajaran, ingin mengajar, tidak ada salahnya, kerana ada hikmahnya yang tersendiri.

Dan jangan pula mengangkat diri seperti seorang yang pakar dan cukup mahir, walaupun ilmu yang ada hanya sebesar buku nota. Sentiasa memandang ke arah diri sendiri.

Cukuplah sekadar bersederhana di dalam kehidupan ni. Tak ada ruginya.


     Aku menulis kerana aku merasa.


2 ulasan:

  1. jangan mudah melatah bila orang memberi nasihat atau teguran..walaupun orang itu tidak berilmu..kita terima dengan hati terbuka..mungkin ada hikmahnya..salam jumaat

    BalasPadam
  2. Benar. Tapi ada sekelompok masyarakat kita yang tidak mahu mendengar nasihat. Kita menasihatkan mereka bukan kerana kita bencikan mereka. Tetapi kerana kita sayangkan mereka dan tidak mahu mereka terus hanyut. Atau mungkin ke arah yang lebih teruk.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.