Kunci rumah di tunda lagi!!

Oktober 01, 2014
Aku betul-betul kecewa dengan pemaju ni. Sampai ke hari ini, masih belum dapat kunci rumah. Aku dah menunggu terlalu lama.

Baru lepas telefon pemaju, dan mereka kata, kunci rumah "mungkin" akan diberikan pada bulan 11. Huh? Aku menunggu rumah dari bulan 3 2014, dan sekarang dah masuk bulan 10 2014. Ini bermakna aku dah tunggu 7 bulan lamanya!!

Pemaju minta aku untuk gesa pihak TNB buat pemeriksaan pada rumah. Persoalannya adalah, mengapa aku? Bukankah ia tanggungjawab pemaju perumahan?

Aku beli rumah di TAMAN BUKIT EMAS, alor gajah melaka. Sahabat sekerja aku juga membeli rumah di dalam taman yang sama. Dan beliau juga perlu menunggu selama 2 tahun lebih untuk memasuki rumah. Apakah aku juga perlu menunggu untuk tempoh yang sama?

Perkara ini buat aku jadi sangat tertekan. Huh!



Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.