khazanah laut kita.

Aku baru saja pulang daripada bawa keluarga aku ke pantai berdekatan. Tujuannya hanya untuk menghayati keindahan alam ciptaan ilahi.

Dalam pada itu, isteri aku dan adik-adiknya sempat mencari kepah. Boleh tanya dengan pakcik google ye kalau tak tahu kepah itu apa.

Ternyata, rezeki Allah itu maha luas! Sampaikan ke pasir pantai juga ada rezekinya untuk kita. Sedap kalau di masak sup ni. Hehehehe.

Aku cuma terbayang, sampai bila khazanah alam ini akan terbela. Dengan pencemaran laut yang semakin teruk. Ditambah pula dengan penambakan laut untuk tujuan sosial. Apakah ianya mampu dikekalkan sehingga ke anak cucu kita?

Jika dilihat makanan sekarang ini, hampir kebanyakkannya adalah makanan segera. Semua orang mahu cepat. Semua orang mahukan makanan yang tersedia dan hanya tunggu untuk dimakan sahaja.

Dan inilah juga penyebab kepada banyak masalah kesihatan yang semakin menjadi-jadi sekarang ni.

Jadi, siapa yang perlu menjaga khazanah alam ini? Allah memberi kita akal fikiran, untuk kita berfikir, menjaga bumi ini. Bukan untuk memusnahkannya.

Ia bukan hak kita atau generasi ini sahaja, ia hak milik semua insan. Hak milik anak cucu dan generasi mendatang juga.

Jadi, pemikiran seperti ini perlu ada pada setiap manusia di dalam muka bumi ini. Pemikiran untuk sama-sama menjaganya.

Hmm. Saat aku berkongsi perkara ini, terhidu bau sup kepah yang di masak isteri aku. Makanan fresh seperti ini yang aku sukakan. Sedap dan sihat!

Jika ada masa terluang, bolehlah bawa keluarga anda bersiar-siar dipantai dan mencari kepah. Ini juga adalah masa terbaik anda bersama keluarga. Mungkin juga masa yang tak mungkin anda kecapi lagi.

Tiba masanya untuk aku rasai masakan sup kepah ini.

Jemput makan ye semua. :)

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.