Kemalangan Superbike di karak.
Semalam ada berita mengenai kemalangan motosikal berkuasa tinggi di lebuhraya karak. Aku yang sewaktu itu sedang makan bersama keluarga, behenti seketika dan terus tengok televisyen.
Bila ada kemalangan melibatkan motosikal berkuasa tinggi, aku pasti akan mengikutinya. Ini mungkin di sebabkan oleh minat aku yang sangat kuat dengan kenderaan ini.
Tetapi kemalangan kali ini, sedikit memeranjatkan. 2 orang meninggal dunia dan seorang cedera parah. Seorang meninggal terbakar dan seorang lagi meninggal di bawah kereta.
Melalui video yang aku tengok pagi tadi, orang ramai membantu mengangkat kereta untuk mengeluarkan mangsa yang berada di bawah kereta. Melihat kepada keadaan mangsa, beliau mungkin diseret.Dan melalui gambar yang di hantar rakan, menunjukkan seorang lagi mangsa terbakar.
Bila berlaku keadaan seperti ini, semua menyalahkan superbike kerana memandu dengan laju. Tetapi melalui berita semalam, terdapat lori yang sudah melintang beberapa kilometer di hadapan, dan ini membuatkan banyak kereta berhenti atau memperlahankan kenderaan.
Dan kumpulan motosikal ini lalu di celahan kereta. Jika ia memandu laju, bagaimana mangsa boleh berada di bawah kereta? Aku merasakan, mungkin ianya dilangar oleh kereta ( Yang mungkin tidak sempat untuk memberhentikan kenderaan).
Dalam hal seperti ini, aku cuma berharap, janganlah kita menyalahkan 1 pihak sahaja. Kerana kemalangan tidak mengira jenis kenderaan. Jika kemalangan melibatkan superbike, ramai pihak yang menyalahkannya. Tetapi, amat sukar untuk mendengar kemalangan melibatkan motosikal berkuasa tinggi berbanding kenderaan lain seperti lori dan kereta. Ini yang kerap kita dengar. Kan?
Bila berlaku kes seperti ini, isteri aku sudah pasti akan memberitahu itu dan ini. Dan pada akhirnya, aku pasti aku mengeluarkan ayat seperti ini:

Superbike memang dicipta untuk kelajuan. Jika diceritakan, kelajuan itu membunuh. Mengapa ramai lagi yang masih hidup dan terus menunggang superbike?
Bila berlaku kes seperti ini, isteri aku sudah pasti akan memberitahu itu dan ini. Dan pada akhirnya, aku pasti aku mengeluarkan ayat seperti ini:
" Kematian tidak mengira sebab dan ketika, jika di takdirkan kita mati waktu tidur, kita pasti akan mati,
Dan aku tetap dengan minat aku dengan superbike dan aku pasti, aku pasti akan memilikinya. InsyaAllah."
Al- fatihah kepada arwah dan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com