Kemalangan melibatkan kanak-kanak.

Oktober 01, 2014
Sekarang ni, banyak kemalangan melibatkan kanak-kanak kecil. Dan lebih menyayat hati, jika ianyanya melibatkan kematian.

Sebagai ibu bapa, kita semestinya tidak mahu anak-anak kita pergi di dalam keadaan sebegitu. Tapi ini adalah ketentuan Allah. Dia lebih mengetahui dengan setiap apa yang berlaku.

Yang cuba aku sampaikan adalah, di mana silapnya? Salah ibu bapa atau anak kecil ini? Pada fikiran aku, kesalahan terletak pada bahu ibu bapa. Dan selebihnya pada kawasan sekitar.

Kalau kita lihat pada keadaan sekeliling kita, pertambahan kenderaan di atas jalan raya meningkat begitu mendadak. Ini disebabkan ekonomi rakyat malaysia sudah semakin kukuh.

Di tambah pula dengan sikap "pemikiran" manusia yang semakin maju. Ini juga disebabkan desakan hidup. Kenderaan di pandu begitu laju walaupun di dalam kawasan kampung!

Ia menjadi penyumbang kepada kemalangan-kemalangan yang tidak kita ingini. Siapa yang mahukan perkara seperti ini berlaku? Tidak ada manusia yang inginkan bukan? Tetapi ini yang sebenarnya berlaku. Bila seseorang memandu terlalu laju, mereka sebenarnya inginkan kemalangan itu berlaku.

Di mana kesedaran pemandu tentang perkara ini? Apakah kanak-kanak yang melintas itu perlu disalahkan? Jika kenderaan yang dipandu, mengikut kelajuan yang sesuai mengikut kawasan tertentu, kemalangan seperti ini sudah tentu boleh dielakkan.

Ibu bapa juga perlu memainkan peranan penting. Jangan hanya menyerahkan kepada anak-anak untuk belajar dengan keadaan sekeliling sahaja. Kita sendiri perlu memberitahu kepada mereka. Apa yang perlu dan tidak perlu.

Nyawa tidak boleh dibeli. Bukan mudah untuk mendapatkan zuriat. Jadi, hargai mereka sebaik mungkin. Jika mereka pergi, tidak mungkin mereka akan kembali.

Jagalah anak anda sebaik mungkin.

Aku hanya menyampaikan apa yang aku fikirkan. 

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.