Kawan tikam belakang!
Ini, pergi mana-mana pun sama. Masalah ini, berlaku dekat sekeliling kita je. Aku cukup pelik dengan sikap-sikap yang macam ini.
Bekerja sama-sama, makan sama-sama, hadap masalah kerja sama-sama, tetapi bila seseorang ini diberi kelebihan sedikit oleh majikan, dah mula iri hati.
Dan yang lagi pelik, oleh mereka yang sentiasa bersama kita. Aku sebenarnya, tidak memberi kepercayaan 100% kepada rakan sekerja. Kerana apa? Kerana aku pernah mengalami kes yang sama. Bilamana rakan sekerja aku sendiri ingin menjatuhkan aku.
Sikap macam ini, pada aku, takkan sampai kemana. Pergilah mana pun, jika sikap ini ada di dalam diri seseorang manusia, ianya pasti tidak akan membawa kebaikan.
Diri kita sebenarnya sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling. Mereka sentiasa mencari kelemahan diri kita, dan bila kita melakukan kesalahan, mereka akan menambahkan lagi perisa kedalam masalah itu, bertujuan untuk menjatuhkan kita.
Dan yang membuatkan aku jadi lagi pelik adalah, mereka juga melakukan perkara yang sama! Aku sendiri mengalaminya. Mereka melakukan perkara yang sama seperti mana aku, tetapi bila aku buat perkara itu, mereka dengan mudahnya berkata yang ianya salah atau tidak kena.
Hati manusia kan, kita tak tahu macamana. Nak baca hati manusia bukan mudah. Nak lihat hati manusia, jangan lihat waktu mereka susah. Tetapi lihat sewaktu mereka senang. Waktu itu kita akan tahu siapa sebenarnya mereka ni.
Aku lebih suka mengundur diri daripada berhadapan dengan makhluk-makhluk seperti ini. Tiada gunanya nak bertengkar dengan mereka.
Aku percaya, setiap kejadian yang berlaku ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui segalanya. Dan aku percaya, Manusia seperti ini, tidak akan pernah tenteram hidupnya.
Aku menulis kerana aku merasa..

this thing pun tgh happen at my workplace. ketawa sama-sama, makan sama-sama but at the same time that person cuba nak menjatuhkan orang lain. gosipping tak payah cakap. memang sentiasa ada. phew
BalasPadamIanya ada di mana-mana kan? So, kena hati-hati. :)
BalasPadam