Kami pekerja, bukannya kuli!

Oktober 08, 2014
Tajuk post aku kali ini, lebih kurang macam semalam sahaja. Masih berkisarkan majikan dan pekerja.

Sikap majikan yang menganggap pekerja bawahan mereka seperti kuli, hampir berada di mana-mana. Aku tidak katakan pada semua sektor, tetapi ada.

Ingin aku beritahu di sini, pekerja bawahan bukan kuli! Kami adalah pekerja, kami juga ada hak untuk bersuara. Kami juga ada hak sebagai mana hak seorang manusia.

Majikan merasakan, mereka membayar gaji pekerja seperti membeli "diri dan kehidupan". Yang di bayar oleh majikan adalah "perkhidmatan" kepada syarikat. Itu yang sebenarnya. Jadi, ianya sudah di balas.

Mengapa mesti menganggap pekerja seperti kuli? Eh, tolong ambilkan fail saya dan letakkan di rak sana. Atau pun, boleh tolong buangkan sampah ini untuk saya? Atau, ko taknak ikut cakap aku, bonus kau, aku bagi C. Ini adalah majikan yang cetek pemikirannya. Sempit!

Apa mereka ingat, harga diri pekerja berjumlah RM3000 dan sebagainya? Zaman sekarang tak ubah seperti zaman melayu lama. Di mana sistem hamba masih digunakan. Yang membezakan adalah, cara pengurusannya.

Aku secara peribadi, merasakan majikan seperti ini, perlu belajar, bagaimana menguruskan diri mereka terlebih dahulu. Belajar bagaimana menghargai mereka yang turut sama membanggunkan syarikat. Walaupun sekecil bakti yang telah ditaburkan pekerja, ianya seharusnya dihargai.

Penghargaan juga penting di dalam menaikkan semangat bekerja. Perhatian dan persahabatan juga penting. Sikap ini perlulah secara profesional. Majikan menghargai pekerja dan seharusnya pekerja menghormati majikan.

Hebatnya sesebuah syarikat bukan di atas pengurusan semata-mata. Ia juga berkait dengan produk yang dihasilkan. Dan di dalam menghasilkan produk yang hebat, memerlukan bukan sahaja pekerja yang hebat, tetapi pekerja yang memiliki etika yang sempurna.

Aku menulis kerana aku merasa..


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.