Hujan di pagi sabtu.

Oktober 04, 2014
Raya Aidiladha adalah pada esok hari. Tahun ini aku beraya di port dickson. Di resort tempat bapa mertua aku bekerja. Resort ini bukanlah kepunyaan beliau, tetapi dia adalah penyelia di sini.

Pagi disini sangat sejuk. Yelah, berhadapan dengan laut, bukak tingkap je nampak laut, memang la sejuk kan? Hehehehe.

Apa yang aku risaukan adalah, bila duk tepi laut ni, kalau-kalau datang ombak besar. Hish. Risau itu perlu ada kan?

Aku teringat sewaktu bulan madu dulu. Kami cuma berbulan madu di grand lexis. Bilik aku paling hujung sekali. Kalau bukak pintu sliding tu, terus nampak laut yang luas terbentang. Waktu subuh tu, hujan, aku selak langsir untuk tengok luar, air laut waktu tu, cukup tinggi. Sempat juga aku tanyakan pada isteri aku. macamana kalau air laut masuk dalam bilik kita ni? Takut juga time tu. Hehehehe.

Inilah aku, kalau duduk bilik atau apa-apa yang berkaitan laut, mesti selalu fikirkan ombak besar.

Sekarang family isteri aku sedang sibuk menyiapkan juadah untuk hari esok. Ketupat, lemang, rendang dan macam-macam lagi, dan, kesemuanya, Aku tidak suka! Hahahaha. Aku boleh makan tetapi memilih untuk tidak makan.

Aku sendiri tak pasti kenapa aku tak suka ketupat, lemang, rendang tu semua. Makanan ini tak mampu mengenyangkan perut aku.

Makanan aku ketika hari-hari seperti ini? Bihun sup dan laksa utara! Fuh. terliur sekejap dibuatnya. Kalau waktu raya puasa, makanan inilah yang aku cari.

Sekarang, suasana macam itu dah berkurang, yelah, dah punya keluarga dan anak. Takkan aku pula yang nak berlebih macam kecik-kecik dulu kan? Buruk benor rupanya.

Hehehe. Cukuplah setakat ini sahaja aku bercerita. Banyak kenangan terindah muncul kembali.

Aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam.


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.