Seronok blogwalking.

Oktober 15, 2014
Aku masih baru dalam dunia blog ni. Jadi, aku suka melihat mereka yang sudah lama dalam dunia ni, mengendalikan blog mereka.

Aku suka dengan themplat-themplat simple tetapi menarik. Warna juga memainkan peranan penting. Jika warna yang digunakan terlalu terang, memang sekejap je aku kat blog tu.

Bila aku berjumpa dengan blog yang menarik, perkara pertama yang aku lakukan adalah, add jadi sahabat. Supaya aku boleh selalu baca entry terbaru blog tu. Dan keduanya, aku akan baca semua entry yang ada kat blog tu bermula dari entry pertama hinggalah yang terakhir. Kalau ada 1000 entry, semua-semua aku akan baca. Hahahhahahaha.

Ternyata, rakyat malaysia juga sangat kreatif. Cerita-cerita yang dipaparkan sangat menarik dengan bahasa-bahasa yang mudah di fahami.

Macam aku, yang baru nak belajar selok belok dunia blogging ni, kena la belajar dengan mereka yang dah dikira otai. Yang mana view blog mereka dah cecah juta-juta dah.

Hebat lah mereka! Apa pun, aku berharap, malaysia akan sentiasa aman. Dan kita boleh terus berbloging tanpa ada rasa takut. Kan?

:)

1 ulasan:

  1. Memang seronok berblogwalking ni. Macam-macam kita boleh tahu cuma masa ja tak mengizinkan. Terikat dengan kerja.

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.