Badan lemah-lemah.

Oktober 23, 2014
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga sihat hendaknya kalian semua.

Hari ni, bersambung semula kerja sebab semalam cuti umum deepavali. Happy deepavali pada rakan-rakan yang menyambut.

Semalam kan cuti, aku layankan tidur jer satu hari. Hahahahaha. Nampak kemalasan di situ. Bukan apa, aku susah nak dapat cuti, jadi bila dah dapat cuti ni, aku gunakan sebaik mungkin.

Nak dijadikan cerita, malam tadi, aku tidur, isteri aku boleh bukak kipas syiling sikit punya laju. Itu dah satu hal, di bukaknya lagi kipas kaki. Pun laju jugak. Jadi ada 2 kipas yang bergerak laju.

Kelemahan aku adalah, bila cuaca terlalu sejuk dan menyebabkan kaki aku sejuk. Bila kaki aku dah mula sejuk, memang akan efek pada semua perkara.

Sekarang, badan aku dah lemah-lemah. Habis sakit semua sendi aku. Ni, nak taip ni pun lemah je. Dah sebotol 100 plus aku minum, masih sama lagi.

Ubat dia ni, rasa aku, tidur je. Tapi takkan nak tidur time kerja macam ni. Hmm. Malas betul kalau berhadapan dengan situasi macam ni. Susah nak buat kerja.

Harap-harap tengahari kang, elok la. Kalau tidak, terpaksa amik rehat 2 jam. Elokkan semua badan, baru mula semula bekerja.

InsyaAllah.


3 ulasan:

  1. kalo sy dh sejuk mcm tu mesti batuk2 then semput.huhu

    BalasPadam
  2. Mila Hilas. Sama la kita. Nie dada dah sakit. Batuk2 juga, tapi tahan je, takut kalau layan batuk je, lain jadinya. Hmm.

    Nur. Terima kasih yer. :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.