Aku merinduinya.

Oktober 28, 2014
Semalam, aku menyerahkan kunci rumah sewa aku kepada pemilik rumah. Selepas pulang dari kerja, aku terus ke rumah sewa aku. Dalam pada menunggu tuan rumah sampai, aku tengok la balik rumah yang pernah aku diami bersama keluarga aku selama 9 bulan lepas.

Terdetik sedikit rasa sedih dalam diri aku. Yelah, bila aku melihat kembali rumah tu, aku terkenangkan, macam-macam perkara.

Aku teringat isteri aku menunggu aku pulang bekerja, anak aku bermain di halaman rumah, aku menyiram pokok-pokok bunga aku, macam-macam kenangan datang. Itu baru 9 bulan. Sebelum ini, aku menyewa di sebuah rumah selama 2 tahun. Lagi banyak kenangan aku di sana.

Selepas nikah, disitu lah aku menetap bersama isteri, kemudian di kurniakan anak, dan sehingga anak kami berumur 1 tahun, kami diarahkan pindah serta merta oleh tuan rumah. Aku tak ingin ingat langsung kenangan di rumah itu kerana tuan rumah yang langsung tiada budi bahasa.

Semalam, aku tak pasti, kenapa aku rasa sangat sedih bila aku melihat rumah tu. Aku sendiri tertanya-tanya, apa yang ada di rumah ni?

Kenangan di rumah ini aku rasa terlalu kuat, kerana itu aku merasa sangat-sangat sedih. Mungkin inilah juga yang dirasai oleh mereka yang kerap berpindah.

Alhamdulilah, aku masih mampu membeli rumah aku sendiri jika nak dibandingkan dengan sesetengah dari mereka yang tidak mampu untuk membeli.

Aku sangat faham dengan keadaan mereka. Orang kaya bukan lebih pandai dari orang miskin, cuma mereka bernasib baik. Doa aku pada mereka, semoga rezeki mereka melimpah ruah.

Sekarang, jarak tempat kerja dengan rumah mertua aku, lebih jauh. Ini bermakna, aku akan sampai ke rumah lebih lewat. Dan mungkin aku tak sempat bermain dengan anak aku kerana beliau sudah tidur.

Inilah kehidupan kebanyakkan orang. Keluar gelap, pulang pun gelap. Demi mencari kehidupan yang selesa. Bila mencari sesuatu, perlu juga mengorbankan sesuatu. Mencari perbelanjaan, mengorbankan masa bersama keluarga.

Inilah lumrah kehidupan.




1 ulasan:

  1. tacing la awk entry ni...pengorbanan utk mencari sesuap nasi.utk keluarga juga.harap anak ble besar nt phm la kenapa ayahnya kurang luang masa bsama

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.