10 gunung berapi wajib di lawati di Indonesia.

Oktober 13, 2014
Gunung Bromo.

Gunung Bromo, setinggi 2329 m, adalah salah satu gunung yang paling ikonik di Indonesia.Gunung Bromo merupakan salah satu gunung berapi yang paling aktif di dunia, dan salah satu yang paling kerap di lawati. Pelancong datang dari jauh untuk melihat matahari terbit di gunung ini.

Volcano Mount Bromo with Mount Semeru at the back, Java, Indonesia

Kawah Ijen.

Merupakan satu lagi gunung yang popular di java selepas gunung bromo. Gunung berapi ijen mengandungi tasik gunung berapi berasid terbesar di dunia yang bersinar dalam warna biru yang sangat cantik. 

Volcano Mount Ijen and its lake, Java, Indonesia

Gunung Semeru.

Gunung Semeru merupakan gunung tertinggi di jawa, yang terletak di sebelah timur. Ia juga dikenali dengan nama Mahameru oleh penduduk tempatan. Untuk sampai ke puncak mengambil masa selama 2 hari tetapi masa ini mungkin pendek jika pendaki seorang yang berpengalaman luas di dalam bidang pendakian. 

Hike Volcano Mountain Semeru, Java, Indonesia

Gunung Merbabu.

Ia satu-satunya gunung berapi yang tidak aktif. Ia terletak bersebelahan dengan Gunung Merapi ke arah tenggara pada ketinggian 3142 m. 

Hike Volcano Mountain Merbabu, Java, Indonesia

Krakatoa.

Krakatoa atau juga dikenali sebagai Krakatau, adalah sebuah pulau gunung berapi yang terletak di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera Indonesia. Letusan gunung ini pada tahun 1883 tercatat sebagai salah satu letusan paling ganas pernah direkodkan. Ia adalah gunung berapi yang masih aktif sehingga ke hari ini.

Hike Volcano Mountain Krakatau, Java, Sumatra, Indonesia

Gunung Kerinci.

Gunung Kerinci adalah gunung berapi yang paling tinggi di Indonesia dan puncak tertinggi di Sumatera. Ia masih gunung berapi yang aktif dengan aktiviti-aktiviti tahunan yang berterusan. Mendaki gunung ini memakan masa selama 3 hari 2 malam untuk sampai ke puncak. Terdapat 15 tasik di sekitar gunung ini. 

Hike Volcano Mountain Kerinci, Sumatra, Indonesia

Gunung batur.

Salah satu gunung yang popular di bali. Gunung batur merupakan gunung berapi aktif setinggi 1700m. Melawat gunung ini merupakan salah satu aktiviti yang popular yang perlu dilakukan apabila anda melawat Bali.

Hike Volcano Mountain Batur, Bali, Indonesia
.
Gunung Agung.

Ia adalah gunung tertinggi di bali, indonesia. Mengikut lagenda, ia dicipta oleh Tuhan Hindu Pashupati apabila dia memecahkan Gunung Meru yang merupakan paksi rohani alam semesta.

Volcano Mountain Agung by the beach, Bali, Indonesia

Gunung Rinjani.

Gunung Rinjani di Lombok adalah gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia pada ketinggian 3726 m. Ia juga merupakan salah satu gunung berapi yang paling aktif. 

Hike Volcano Mountain Rinjani, Lombok, Indonesia

Puncak Jaya.

Ini adalah salah satu daripada tujuh puncak utama di dunia dan satu-satunya gunung di Indonesia yang mempunyai glasier di puncak. 

Puncak Jaya / Cartensz Pyramid Volcano Mountain in Papua, Indonesia

Sumber diperolehi daripada : http://allindonesiatravel.com/

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.