Yang buruk juga orang kenang.
Ini macam perkara biasa yang berlaku di dalam kehidupan manusia. Biarlah 1000 kebaikan yang kita buat, pasti yang dikenang adalah 1 keburukan.
Biarpun bertahun kebaikan yang dibuat, sehari keburukan itu yang akan dikenang orang. Ia bukan dikenang hanya 1 hari, tetapi bertahun lamanya, adapun sehingga "tutup mata".
Ianya akan dibawa mulut ke mulut. Dan sudah pasti, ceritanya pasti bertambah. Dari sekecil bata hinggalah ke setinggi bangunan.
Kenapa perkara seperti ini berlaku? Apakah keburukan itu lebih penting daripada kebaikan yang dibuat? Aku kurang faham perkara seperti ini. Kalau hanya 1 hari tidak apa. Sampai bertahun lamanya. Dan, tak mungkin ianya hilang dari memori seseorang. Kalau berlaku kemalangan yang mengakibatkan hilang ingatan, barulah lupa kut. Tak pasti.
Apa perlu diri kita memberitahu setiap kebaikan yang telah kita buat? Mungkin mereka ini lupa akan semua itu. Atau, mungkin mereka berada dalam keadaan senang. Sebab, kalau dalam keadaan susah atau sukar, mereka adalah kawan terbaik kita.
Mudah sungguh seorang manusia itu berubah. Apakah ianya melibatkan bisikan syaitan? Ya, syaitan suka kepada perbalahan manusia. Yang indah tidak di sukai mereka, yang buruk menjadi pilihan.
Sebagaimana yang disebut di dalam hadis sahih: Rasullulah S.A.W bersabda yang bermaksud

" Sesungguhnya dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh jasad. Apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah seluruh daging itu adalah HATI. ( Riwayat al-bukhari dan muslim)".
Kalau dalam hati mereka, ada sifat iri hati, tidak senang melihat orang lebih dari mereka, atau sifat-sifat buruk yang lain, tak ada gunanya 1000 kebaikan yang telah kita buat.
Jadi, apakah yang perlu kita buat? Membalas balik perbuatan mereka? Mengeji mereka? Atau menjauhkan diri dari mereka? Atau lebih teruk lagi memutuskan siraturrahim dengan mereka?
Ada 1 hadis Rasullulah S.A.W yang bermaksud:
" Jika 2 orang muslim saling berhadapan dengan membawa pedang ( ingin membunuh) , maka yang berjaya membunuh dan orang yang mati dibunuh itu, kedua-duanya akan masuk kedalam neraka jahanam. Tetapi, mengapa orang yang dibunuh itu (juga masuk neraka?). Rasullulah S.A.W menjawab, " Orang yang dibunuh itu juga berupaya membunuh orang yang membunuhnya itu". (Riwayat al-bukhari dan muslim).
Jadi apa yang boleh kita lakukan?
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com