Wasiat atas nama siapa?

September 10, 2014
Wasiat adalah suatu perkara yang pada mata aku, jarang orang fikirkan. Tapi, bila berlaku sesuatu perkara yang tidak di inginkan berlaku, akan wujud suatu "masalah" yang besar.

Apakah masalah itu? Kewangan. Ya, kewangan. Jika suami yang meninggal, jika harta tidak di wasiatkan kepada isteri, ia mungkin akan pergi kepada sedara mara atau adik beradik. Begitulah sebaliknya jika isteri yang meninggal dunia. Ini adalah realiti masyarakat kita. Ini yang sebenarnya berlaku.

Dan bila ini yang berlaku, akan ada masalah di dalam kehidupan mereka yang tinggal. Harta yang dicari bersama, kini tiada, dan mereka perlu bersusah untuk meneruskan kehidupan.

Dalam realiti kehidupan kini, isteri lebih suka menamakan anak sebagai pewaris harta, begitu juga suami, menamakan anak atau ibu atau adik-beradik yang boleh dipercayai untuk diwariskan harta mereka. Jika ada untuk isteri, hanya mungkin peratus yang kecil.

Kenapa perkara seperti ini berlaku?

Dari pandangan mata aku, mungkin terdapat sedikit perselisihan faham di dalam hubungan kekeluargaan. Atau, mungkin salah seorang dari mereka bekerja "lebih" dan menyimpan sendirian. Juga terdapat "fikiran" di dalam minda mereka, sikap tidak percayakan pasangan dan mahu pasangan berusaha sendiri jika mereka sudah tiada.

Apakah kesan kepada mereka yang menamakan anak sebagai pewaris harta?

Jika anak yang sudah mencapai 18tahun atau ingin mencapai umur 18 tahun dalam masa 2-3 tahun, ianya tidak menjadi masalah. Kerana, had umur anak mestilah 18 tahun ketika pemberian harta. Bagaimana pula kalau anak masih kecil? 1 atau 2 tahun? Perlu tunggu 16 tahun untuk terima harta? Ini sudah pasti boleh mendatangkan bermacam perkara yang tidak di ingini.

Sebenarnya, perkara seperti ini boleh diselesaikan dengan cara perbincangan antara suami isteri. Dengan cara ini sahaja perkara ini dapat dielakkan.

Bincang elok-elok. Jangan gaduh-gaduh yer.

Setakat ini sahaja perkongsian untuk pagi ini.

H.I

2 ulasan:

  1. yeahh cpt2 lah decide name pewaris walaupun di usia yang mude, hehe

    BalasPadam
  2. erks. Nak letak nama isteri atau anak? hehehehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.