Waktu yang sesuai untuk alignment tayar.
Terus terang aku katakan, aku sebenarnya langsung tiada ilmu tentang kenderaan. Tetapi itu tidak menghalang aku untuk terus belajar.
Bilamana aku drive kereta waktu ke tempat kerja pagi tadi, memang terasa stereng kereta ada berat dan mengiring sedikit ke tepi. Maknanya, kereta tidak bergerak lurus. Jadi, ini bermakna, kereta aku sudah perlu " di alignment tayarnya"
Sebelum itu, apa itu alignment?
Alignment juga perlu bila kita menukar sistem suspensi kereta.
Dalam bahasa mudahnya, alignment ni akan buatkan kereta kita berada di dalam keadaan lurus ketika memandu di jalan lurus. Mesti ada yang bertanya, " Dah jalan lurus, memang la bergerak lurus".
Jika alignment tidak betul, bila anda bawa kereta, dalam kelajuan rendah, cuba lepaskan stereng kereta. Kereta akan bergerak ke kanan dan kiri. Tidak bergerak lurus. Ini sebabnya perlu alignment.
Ok. Sekarang, bila waktu yang sesuai untuk alignment?

" Ia adalah 1 pengukuran yang kompleks dalam sudut suspensi kereta"
Alignment juga perlu bila kita menukar sistem suspensi kereta.
Dalam bahasa mudahnya, alignment ni akan buatkan kereta kita berada di dalam keadaan lurus ketika memandu di jalan lurus. Mesti ada yang bertanya, " Dah jalan lurus, memang la bergerak lurus".
Jika alignment tidak betul, bila anda bawa kereta, dalam kelajuan rendah, cuba lepaskan stereng kereta. Kereta akan bergerak ke kanan dan kiri. Tidak bergerak lurus. Ini sebabnya perlu alignment.
Ok. Sekarang, bila waktu yang sesuai untuk alignment?
- Bila kereta kita terlanggar lubang atau sentiasa lalu jalan yang rosak.
- Penggunaan tayar tidak sekata dan tidak normal.
- Mengalami masalah pada stereng atau pengendalian ( kereta bergerak ke kiri atau ke kanan ketika di jalan lurus, stereng tidak memberi tindak balas yang baik ketika mengambil selekoh).
- Beli tayar baru dan mahu tayar tahan lama.
Apakah fungsi alignment?
Selaraskan tayar kereta agar tayar belakang sama lurus dengan tayar hadapan. Ini bertujuan untuk memastikan tayar bergerak serentak apabila memulakan perjalanan.
Apakah masalah yang bakal berlaku bila ianya tidak di ambil tahu?
Masalah yang bakal di hadapi adalah:
- Tayar terkeluar.
- Tayar longgar.
Situasi ini sangat berbahaya. Kenapa? Cuba bayangkan anda sedang memandu di dalam kelajuan yang tinggi? Dan masalah ini berlaku? Boleh nampak tak akibatnya? Bahaya kan?
Ok. Sekarang, berapa kos untuk alignment ni?
Jeng.Jeng.Jeng. Kosnya adalah sekitar RM15 -RM20 sahaja. Ini adalah harga standard. Aku tanya member-member aku pun, harga ini juga yang mereka bagi. Kalau lebih, ada 2 kemungkinan,
- Anda di cas, dikerat, di pancung, di, di, di apa lagi ye? Ini istilah bagi cekik darah owner kedai dengan anda.
- Kos semasa, keadaan semasa, kenaikan taraf hidup dan apa-apa lagi kenaikan.
Ok, setakat ini faham tak? Kalau masih kurang faham, boleh rujuk dengan mekanik berdekatan anda. Ini hanyalah info ringkas buat mereka yang mencari ilmu basic macam aku. Moga ianya dapat membantu serba sedikit.
Terima kasih.
H.I
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com