Terjemahan surah Ar-Rahman. Bahagian 1.

September 17, 2014
Petang-petang macam ni, terasa nak post terjemahan surah-surah Al Quranul Karim. Dan surah pilihanku adalah Surah Ar-rahman. Jom baca terjemahannya.

Ar Rahman.

1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah,

2. Yang telah mengajarkan Al Qur'an.

3. Dia menciptakan manusia,

4. Mengajarnya pandai berbicara.

5. Matahari dan bulan (beredar) menurut perhitungan.

6. Dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohonan kedua-duanya tunduk kepada-Nya.

7. Dan Allah telah meninggikan langit dan Dia meletakkan neraca (keadilan).

8. Supaya kamu jangan melampaui batas tentang neraca itu.

9. Dan tegakkanlah timbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi neraca itu.

10. Dan Allah telah meratakan bumi untuk makhluk (Nya).

11. Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang.

12. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya.

13. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

14. Dia menciptakan manusia dari tanah kering seperti tembikar,

15. dan Dia menciptakan jin dari nyala api.

16. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

17. Tuhan yang memelihara kedua tempat terbit matahari dan Tuhan yang memelihara kedua tempat terbenamnya.

18. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

19. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu,

20. antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.

21. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

22. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.

23. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

24. Dan kepunyaan-Nya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung.

25. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

26. Semua yang ada di bumi itu akan binasa.

27. Dan tetap kekal Wajah Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.

28. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

29. Semua yang ada di langit dan di bumi selalu meminta kepada-Nya. Setiap waktu Dia dalam kesibukan

30. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?


Ok. Setakat ini dahulu ye. Kalau panjang-panjang, takut tak paham kesemuanya nanti. Jumpa lagi dalam bahagian 2 nanti. InsyaAllah.

H.I



Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.