Teringat zaman kanak-kanak

September 04, 2014


Aku terkadang ketawa seorang diri bila melihat keletah anak aku. Bermacam gaya dan ragam yang ditunjukkan beliau. Dan seperti biasa, bila sesuatu perkara ditunjukkannya, aku dan isteri pasti akan menyalahkan satu sama lain.

" Ha, ini ikut awak la, perangai saya tak macam ni"

Hehehehhe, bila sesuatu yang baik ditunjukkan, aku dengan mudah mengaku, yang anak aku ikut perangai aku.

Tapi, ianya hanya sekadar bualan. Cuti raya aidilfitri yang baru berlalu, aku gunakan untuk beraya di kampung halaman aku di utara tanah air. Dan peluang itu digunakan oleh isteri aku, untuk bertanyakan bermacam perkara tentang perangai anak kami.

Dan jawapan yang di terima beliau sudah cukup kuat untuk diri beliau menang segala-galanya.

" Jika kamu nak tahu perangai suami kamu waktu dia kecik, tengok anak kamu tu, ha, itulah perangai dia waktu kecik dulu"

Hahahahahahhahaha. Hampir 80% yang ditunjukkan anak kami, adalah apa yang pernah aku buat sewaktu kecil. Dan aku sahaja mendiamkan hal ini. Tetapi akhirnya, dibongkarkan oleh ibu aku kepada isteri aku.

Selepas dari itu, aku hanya mampu tersenyum bilamana isteri aku mengunakan ayat,

" Ha, ini ikut perangai siapa la ni"

Hehehehehehhe. Ianyanya cukup untuk mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak aku.

Zaman yang cukup indah. Cukup-cukup indah. :)

3 ulasan:

  1. Walau perangai sama tetapi pengalaman kanak-kanak zaman dahulu ngan kanak-kanak zaman sekarang tidak sama..

    Alhamdulillah saya sedikit sebanyak dapat tempias zama kanak-kanak orang dahulu. hidup di kampung sangat berbeza..

    cukup indah..

    dari,
    http://bisikan-hati-mizzi.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. Saya membesar di kem tentera. jadi zaman kanak-kanak lebih kepada permainan tentera. Hehehehehhe.

    BalasPadam
  3. wah kem tentera.. permainan kanak-kanak tentera macam mana tu? tak dapat nak bayangkan.. hehe

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.