Teknik hebat hadapi temuduga!
Dah banyak kali pergi temuduga, tetapi masih belum menerima apa-apa tawaran kerja. Mungkin ada yang tidak kena. Di sini, ada sedikit tips untuk mereka yang ingin pergi temuduga.
1) Tahu sepenuhnya jawatan yang dipohon.
Bila di panggil temuduga dan di tanya apakah jawatan yang di pohon, ada yang menjawab tidak tahu. Ini adalah jawapan yang tidak sepatutnya keluar. Dan, jika ingin memohon jawatan berkaitan komputer, perlu tahu keseluruhan perkara tentang komputer. Ini untuk memberitahu yang anda adalah seorang yang sangat layak dengan jawatan itu kerana anda cukup mahir dengannya.
2) Pastikan semua sijil, surat-surat berkaitan, resume dan surat panggilan temuduga ada.
Penemuduga tidak hanya mahu mendengar cerita melalui mulut sahaja. Ia perlu dibuktikan dengan data. Jadi, sediakan semua data ini sebelum pergi temuduga. Dan pastikan ianya bukan disiapkan dalam masa 30minit sebelum temuduga. Susun semua data berkaitan anda mengikut turutan yang di sarankan.
3) Tahu lokasi temuduga.
Ini untuk mengelakkan anda dari lambat datang temuduga. Jika temuduga sudah lambat, sudah pasti akan lambat juga ke tempat kerja. Ini yang biasanya pihak penemuduga fikirkan.
4) Tahu isu semasa.
Ambil tahu isu semasa. Kadang-kadang soalan temuduga tidak fokus kepada jawatan yang dipohon sahaja. Ia mungkin berkaitan isu semasa yang berlaku. Ini menunjukkan diri kita sangat proaktif!
5) Cara berpakaian.
Seeloknya kemas. Rambut, mata, gigi, bau mulut, bau badan, kasut. Semua ini akan dipandang oleh penemuduga. Ia mencerminkan keseluruhan diri kita. Jadi, jagalah ia dengan baik.
6) Cara bercakap.
Sebaiknya, biarlah jelas dan menjawab soalan. Jika tidak tahu jawapan kepada soalan penemuduga, jawab dengan ikhlas yang kita tidak tahu.
7) Pastikan tidur yang cukup.
Tidur yang kurang akan melihatkan diri kita yang tidak bermaya. Jadi, pastikan tidur awal.
8) Dapatkan restu ibubapa.
Sentiasa dapatkan restu dari mereka tidak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. Dan jangan lupa berdoa, memohon pada Allah, dipermudahkan rezeki.
InsyaAllah. Rezeki itu ada untuk anda.

nice sharing :)
BalasPadamNice tips...
BalasPadam