Talk only.
Aku pasti, ini bukan terjadi di tempat kerja aku sahaja, malah hampir kepada kebanyakan tempat kerja pasti ada seseorang yang bersifat seperti ini.
Aku bukan ingin mengumpat, atau cuba menjatuhkan maruah orang, tetapi ini adalah hakikat sebenar kehidupan.
Di tempat aku bekerja sekarang, aku sentiasa berhadapan dengan seorang rakan sekerja, yang bukan sahaja pada pandangan aku, malah pada mata seorang pemimpin juga mengatakan perkara yang sama.
"Talk only"
Di bawah beliau ada seorang pembantu, yang mana, pembantu beliau yang menjalankan hampir kesemua kerja beliau. Dan tugas beliau hanyalah, mengeluarkan perkataan di mulut.
Tidak keterlaluan juga, jika aku ingin katakan adalah, ilmu pembantunya itu lebih tinggi dari beliau.
Apa yang bermain di dalam fikirannya? Adakah dia merasakan dirinya sudah cukup hebat? Atau dia beranggapan orang lain tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku?
Sehingga ada ayat yang dikeluarkan, yang menyatakan beliau terlalu penat kerana perlu menguruskan semua hal?
Apakah ia benar? Sudah pasti tidak, kerana, ia mengharapkan sepenuhnya kepada pembantu. Jadi, siapa yang patut menyatakan dirinya sangat penat bekerja?
Perkara seperti ini tidak patut berlaku di dalam sesuatu organisasi. Ia perlu dihapuskan terus. Agar gahnya sesuatu organisasi itu disebabkan oleh gahnya setiap pekerja, bukan pada segelintir sahaja.
Siapa yang patut memainkan peranan? Pekerja atau majikan? Jika pekerja, ia akan menimbulkan rasa tidak selesa di dalam hati, jika majikan? Belum pasti majikan dapat melihat sepenuhnya.
Yang pasti, masing-masing memainkan peranan. Agar, dapat memperolehi suasana yang harmoni di dalam pekerjaan.
Terima kasih.
H.I
Pernah lalui dan juga sedang melalui pengalaman seperti ini.
BalasPadamTapi bagi saya ianya ada kebaikan dan pandang dari sudut positif
Blog Cerita Ejoy lagi best kalau tak ada word verification untuk komen
Sedang melalui? hehehehhe.
BalasPadamTerima kasih untuk komen itu..dah hilangkan verification tue..
hehehehe