Surat kebenaran isteri.

September 12, 2014
Ketawa aku sorang-sorang bila aku tengok dan baca surat ni. Ianya di post oleh rakan aku, Man melaka. Surat kebenaran isteri untuk lepak bersama kawan-kawan.


Sebenarnya isu macam ini memang banyak berlaku bagi mereka yang sudah berumah tangga. Lebih-lebih lagi jika sudah mempunyai anak.

Kebanyakkan isteri akan melarang suami untuk keluar malam, atas alasan ianya tidak dipraktikkan oleh mereka yang sudah berkahwin. Tetapi ada juga suami yang berkeras untuk keluar, hanya kerana ingin bersama kawan-kawan minum di kedai.

Pada fikiran aku, isteri melarang atas beberapa sebab, dan di antara sebabnya adalah risau sang suami tidak bersama-sama rakan tetapi melencong ke tempat lain. Melencong ke tempat lain banyak pecahannya, jadi anda boleh fikirkan tempat-tempat itu yer. Hehehehe.

Sebab lain pula adalah isteri kepenatan seorang diri di rumah. Jika isteri seorang suri rumah sepenuh masa, beliau bekerja dari buka mata sehingga tutup mata untuk tidur. Dan suami siangnya bekerja, dan malamnya ingin bersama rakan-rakan, jadi, isteri penat dirumah, tiada siapa yang membantu.

Ini antara punca-punca mengapa perkara seperti ini berlaku. Pada aku, boleh untuk suami keluar, tetapi janganlah terlalu kerap. Sehingga setiap malam ingin bersama rakan-rakan. Isteri juga inginkan masa bersama. Jangan beri masa hanya pada hubungan batin semata-mata. Ini bukanlah ciri-ciri kekeluargaan sebenar.

Dan isteri, jangan terlalu "mengikat" suami. Berilah masa kepada mereka juga. Bukan mereka tidak bersama isteri. Cuma kadang-kadang mereka juga perlu masa sosial bersama rakan-rakan. Suami juga perlu menjaga "kepercayaan"  yang di beri isteri. Jangan sesekali hilangkan kepercayaan itu. Isteri jangan terlalu cemburu ya.

Sebenarnya, ia berkaitan dengan hubungan kekeluargaan. Jika dibincangkan secara betul dan baik. Ianya akan menjadi mudah. Perlu saling percaya mempercayai. Selalulah bantu isteri di rumah. Ia semacam mengambil hati isteri juga. Bawa isteri jalan-jalan untuk hilangkan stress. Berbelanja pakaian atau peralatan kepada isteri. Cantikkan beliau. Jika berkemampuan, bawalah isteri makan angin. Dengan cara ini, boleh mengambil hati isteri.

Tetapi jika semua ini sudah dibuat, isteri tetap tidak membenarkan, mungkin ada masalah disitu. Dan jika tidak diselesaikan, boleh menyebabkan perkara yang lebih teruk.

Akhir sekali, isteri dan anak adalah anugerah dari Allah. Mereka sentiasa bersama dengan kita. InsyaAllah, mereka juga akan bersama kita kelak di akhirat. Jadi, hargailah mereka. Mereka harta dunia dan akhirat.

H.I



Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.