Rahsia yang disembunyikan suami daripada isterinya.

September 23, 2014
Lelaki biasalah lebih suka menyimpan setiap perkara daripada isteri mereka. Mereka mempunyai rahsia mereka sendiri. Dan ada juga yang menceritakan kepada rakan baik dan bukannya isteri.

Disini aku cuba nak kongsikan apakah antara rahsia-rahsia suami yang disembunyikan daripada isteri mereka.

1. Suami ingin di hormati.

Suami adalah ketua keluarga. Mereka perlu dihormati dari setiap aspek. Menegur suami juga perlu dengan cara dan bahasanya. Isteri tak perlu meninggikan suara apabila ingin menegur suami. Kalau disuruh memilih di antara rasa cinta atau dihormati, sudah pasti suami akan memilih dihormati. Ini berbeza dengan isteri.

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka menaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."

An-nisaa ayat 34.

2. Memiliki isteri yang setia.

Suami selalu memikirkan adakah isteri mereka akan kekal bersama dengan mereka jika berlaku masalah seperti hilang mata pencarian, hilang upaya dan sebagainya. Kesetiaan adalah asas bagi sesebuah rumahtangga yang harmoni.

3. Suami inginkan hubungan intim mereka dipenuhi.

Ia adalah keperluan ataupun kemestian bagi seorang suami. Menolak atau sentiasa memberi alasan untuk tidak bersama hanya akan membawa kepada perbalahan ataupun keruntuhan rumah tangga.

Jika isteri berada di dalam keadaan uzur, isteri boleh menolak pelawaan suami dengan baik. 

4. Suami tidak pandai mempamerkan rasa sayang mereka kepada isteri.

Ini merupakan sifat semulajadi lelaki. Kadang-kadang, isteri merasakan mereka langsung tidak dihargai oleh suami mereka. Jadi, para isteri, janganlah ambil hati ya. Suami kadang-kadang tidak meluahkan melalui kata-kata, tetapi dizahirkan melalui perbuatan mereka. Jadi, isteri boleh melihatnya pada setiap yang dilakukan suami ya.

OK, Inilah di antara rahsia-rahsia suami. Kepada para-para wanita, aku ingin kongsikan, lelaki sememangnya tidak pandai bahasa-bahasa kias, jadi, jika ingin menyampaikan sesuatu, berterus-teranglah dengan mereka. Semoga ianya membawa kebaikan kepada semua. :)

H.I

2 ulasan:

  1. ada kebenaran pada info ini.. tapi yg penting saling percaya di antara pasangan.
    tahniah anda ada blog yg menarik.

    jemput jalan2 ke blog kak
    www.yatiadam.com

    BalasPadam
  2. Terima kasih kak. Blog akak pun sangat hebat. :)

    BalasPadam

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.