Mulakan hari dengan kemarahan.

September 22, 2014
Aku bangun pagi tadi dengan rasa hati yang tidak selesa. Bangun jer badan dah sengal-sengal. Rasa sakit pada bahagian leher. Bawa motor ke tempat kerja juga rasa tidak selesa. Terasa semua tidak kena.

Apakah maknanya? Kenapa perkara seperti ini berlaku yer? Aku boleh katakan, ada 2-3 kali, perkara seperti ini berlaku di dalam hidup aku.

Dan sudah pasti, bila aku mulakan hari dengan rasa seperti ini, hingga ke malam hari ia akan berlarutan. Aku mencari apakah jalan penyelesaiannya. Apa yang aku boleh buat untuk aku hilangkan perasaan ini, supaya ia tak berlarutan.

Aku tak suka menjadi pemarah atau pendendam. Sifat ini tak perlu ada dalam diri seorang manusia. Tapi inilah sebahagian perasaan, yang diberikan Allah kepada manusia. Jadi, aku perlu terima dan belajar cara menghadapinya.

Aku memang seorang yang mudah terasa. Ya. Aku seorang lelaki, tetapi inilah hakikatnya. Aku sukar menerima usikan-usikan extrem dari rakan-rakan. Dan adakalanya, aku hanya menyepi diri. Tapi, aku sedar, ianya tidak boleh seperti itu. Aku perlu masuk ke dalam masyarakat. Tidak hanya hidup menyendiri.

Apa yang akan anda buat, jika seseorang yang bergurau dengan anda. Anda pula menerimanya. Dan membalas gurauan yang sama kepada orang itu, tetapi beliau memarahi anda dan tidak dapat menerimanya. Adakah anda akan tersenyum?

Inilah yang biasa aku buat. Memberikan perasaan yang sama semula kepada mereka, dan mereka akan marah aku walhal aku tersenyum bila aku menghadapi perkara yang sama. Dan, adakah salah, aku menyendiri dari golongan seperti ini?

Inilah yang ada di sekeliling kita. Bila mereka bergurau, kita terima, bila kita bergurau, kita akan dimarahinya.

Aku mencari-cari, apakah yang perlu aku buat, untuk mengubah rasa hati ini. Aku mesti berusaha mengubahnya.

InsyaAllah.

H.I


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.