Kumpul RM1200 dengan mudah!
Sewaktu dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, dalam syok-syok bawa motor, sambil angin pagi menusuk tulang temulang ( hamboi), aku teringat suatu perkara yang pernah aku baca dalam 1 blog ni.
Tajuk cerita dalam blog tu, "Bagaimana nak kumpul RM1200 tanpa ikat perut". Ha, macam tu la lebih kurang ayatnya.
Pada aku yang memang dalam usaha menambah pendapatan dan simpanan, sudah tentu tertarik untuk baca.
Sesudah baca, baru aku faham. Kita sebenarnya boleh menyimpan wang dengan mudah. Bagaimana untuk kumpul RM1200 dengan mudah? Berhenti dari membayar siaran tv berbayar.
Mudah bukan? Rata-rata dari penduduk malaysia menggunakan siaran tv berbayar. Ambil contoh, bayaran bulanan adalah sebanyak RM100. Jika kita berhenti melanggan, kita sudah berjaya kumpul RM1200.
Ini berkenaan dengan ikat nafsu dan bukannya ikat perut. Setahu aku, belum ada yang menemui ajal bilamana tak dapat tengok rancangan yang mereka minati ( Ini pada aku, mungkin ada, tak pasti).
Pada aku yang ingin membuat simpanan, ini amat-amat bermakna. Alhamdulilah, aku bukan seorang penghisap rokok. Jadi, boleh juga digunakan untuk simpanan.
Sebenarnya banyak lagi, yang boleh dijadikan simpanan bilamana kita tidak mengeluarkan perbelanjaan untuknya. Ini terpulang kepada individu itu sendiri.
Aku sentiasa ingat, Untuk menjadi seorang jutawan, mesti buat 4 perkara ni:

RM100X 12 BULAN = RM1200.

- Tingkatkan simpanan.
- Tingkatkan pelaburan.
- Tingkatkan pendapatan.
- KURANGKAN perbelanjaan.
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com