Kenali erti tangisan bayi.
Bayi menangis tidak semestinya mereka sakit. Hakikatnya, bayi menggunakan tangisan sebagai medium komunikasinya. Jom kenali apakah erti tangisan bayi.
1. Lapar.
Jangan kata bayi, orang dewasa yang sedang lapar juga, tidak keruan jadinya. Jadi, penting untuk setiap ibu bapa memastikan bayi mereka mendapat penyusuan yang mencukupi. Sebelum bayi tidur, pastikan mereka mendapat susu yang mencukupi untuk mengelakkan mereka kerap terjaga.
2. Basah.
Bayi merasa tidak selesa apabila lampin mereka basah. Sekali gus menyebabkan bayi menangis. Kerap menukar lampin mereka untuk mengelakkan ruam. Ruam menyebabkan bayi tidak selesa dan akan membuatkan mereka meragam.
3. Keselesaan.
Ruang tempat tidur bayi yang terlalu banyak bantal dan barang mainan membuatkan bayi rimas berada di katilnya. Pergerakkan terbatas membuatkan bayi tidak selesa. Cukup hanya bantal, selimut dan bantal peluk serta mainan gantung untuk si manja tidur lena.
4. Suhu bilik.
Persekitaran tempat tidur yang terlalu sejuk atau panas akan membuatkan bayi tidak dapat tidur dengan lena. Sentiasa pastikan suhu bilik dalam 27 darjah celcius.
5. Kembung perut.
Ha. Ini yang biasa terjadi kepada ramai bayi. Bayi akan menangis dalam tempoh yang lama dan sukar untuk ditenangkan. Urutan pada perut dengan minyak telon akan melegakan bayi.
6. Merasa letih dan mahu tidur.
Ia mungkin berlaku kerana mengalami rangsangan fizikal secara berlebihan. Apabila berhadapan dengan situasi ini, dukung bayi sambil mengusap bahagian belakangnya ( Cara ini sebenarnya akan membuatkan bayi berasa selamat ). Bila dah tenang, cuba urut secara perlahan pada seluruh anggota bayi tanpa perlu menanggalkan pakaiannya.
7. Baju terlalu tebal.
Ada ibu bapa yang memakaikan bayi mereka dengan baju tebal untuk mengelakkan daripada kembung perut. Tetapi jika dipakaikan pada waktu siang yang agak panas,bayi akan menjadi tidak selesa. Baju yang nipis dan jenis yang berlubang adalah sangat bagus untuk pengaliran udara. Biarkan udara yang nyaman dari luar mendinginkan bayi. Elakkan terlalu bergantung kepada penghawa dingin atau kipas.
Ok. Ini sahaja yang boleh aku kongsikan. Ayah juga perlu ada ilmu tentang penjagaan bayi kan? Hehehe. Harap ia dapat membantu serba sedikit. InsyaAllah.
H.I

Salam...Good info...perkara-perkara sebegini kadang-kadang kita sebagai ibu bapa pun boleh terlepas pandang...terima kasih diatas perkongsian..
BalasPadamBtw..saya ada tag Haffizul untuk LIEBSTER AWARD..jom join..
http://www.akuseorangsu.blogspot.com/2014/09/liebster-award.html