Kematian haiwan kesayangan.

September 10, 2014
Baru-baru ni, haiwan kesayangan aku mati. Haiwan itu adalah burung. Hmm, kecewa sangat-sangat. Sebelum ni, kalau balik kerja, perkara pertama aku akan buat adalah, main dengan anak aku. Kemudian siram pokok bunga yang aku tanam kat dalam kawasan rumah. Selepas itu, aku akan menghadap burung.

Jiwa aku tenang bila lihat dia terbang, berbunyi. Kerap juga aku mandikan dia. Bunyi yang dikeluarkan, betul-betul buatkan jiwa aku tenang. Tapi, lepas dia mati, senyap je rumah aku. Aku macam dah kurang 1 aktiviti.

Hujung minggu adalah hari yang mana aku lebih beri tumpuan kepada burung. Dari pagi hinggalah ke malam. Bukan kata aku mengadap sahaja dari pagi ke malam, tetapi ada masa untuk melayan. Kalau waktu bekerja, awal pagi dan malam sahaja.

Aku sedikit kecewa kerana kematiannya adalah berpunca dari aku. Kurang ilmu penjagaan. Apa pun, aku sedang mencari penggantinya. Hehehehhe.

Aku sedang melihat-lihat burung untuk dijadikan haiwan peliharaan. Antaranya adalah murai batu, murai kampung, merbah jambul, kenari dan spesis-spesis burung berkicau.


Murai batu.


Murai kampung.


Merbah jambul.


Kenari.

Untuk murai batu dan kenari, ianya memerlukan lesen. Kena apply dengan perhilitan.

Semoga aku berjaya memperolehinya. InsyaAllah.

H.I

Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.