5 cara berfikir Warren buffet ( Baca item #4)

September 17, 2014
Siapa Warren buffet nie? Anda boleh kenali beliau di sini.

Item #4 adalah untuk mereka yang mahu menjadi kaya dan kekal mewah

#1. Hidup sesederhana diri anda, yang penting selesa.


Ada yang inginkan kehidupan yang mewah atau nampak mewah. Dan ini memaksa mereka untuk membeli apa sahaja asalkan kehidupan mereka nampak mewah. Dan sudah pasti, ia akan membebankan kehidupan keseluruhannya. Gaya kehidupan nampak mewah pada mata orang lain, hakikat sebenarnya, mereka hidup sebagai orang miskin. Warren buffet mengamalkan kehidupan biasa kerana beliau selesa dengan kehidupan itu.

#2. Jangan buat apa yang orang lain cakap. Buat apa yang kita suka.

Ini sama seperti menurut sahaja cakap orang. Ini adalah kehidupan kita. Kita adalah nakhoda kepada kehidupan kita. Jadi, kita yang berhak menentukan apa yang kita ingin lakukan.

#3. Jangan beli pakaian kerana jenama. Pakai apa yang kita selesa.

Ini yang memang berlaku di dalam kehidupan kita. Ada yang mementingkan jenama daripada keselesaan. Beli pakaian kerana keselesaan, dan bukannya berjenama. Apa guna beli mahal-mahal kalau tidak selesa. Kan?

#4. Wang tak cipta manusia, Manusia yang mencipta wang.

Tahu teknik sebenar wang. Wang tidak mencipta manusia. Manusia yang mencipta wang. Jadi, belajar cara mencipta wang untuk menjadi kaya dan kekal mewah. Rahsia para jutawan menjadi lebih kaya adalah kerana mereka menggunakan " Passive income"!

#5. Hidup ini hidup kita, jadi, jangan biarkan orang menentukan hidup kita.

Sekali lagi, ini adalah kehidupan kita. Kita berhak memilih, apa yang kita mahukan. Bagaimana ia berlaku dan apa pengakhirannya. Hiduplah sebagai diri sendiri dan bukannya bayang-bayang orang lain.

Aku suka dengan 2 perkara yang di sampaikan oleh warren buffet pada setiap CEO syarikatnya. Ianya hanya di sampaikan sebanyak 1 kali setahun.

1: Jangan pernah sia-siakan duit pemegang saham syarikat.
2. Jangan pernah lupa perkara No.1.

Hebat bukan?

H.I


Tiada ulasan:

Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com

Dikuasakan oleh Blogger.