Belum tentu selamat.
Lampu hijau menandakan kenderaan boleh bergerak. Bila tengok lampu hijau menyala sahaja, semua kenderaan akan bergegas untuk bergerak.
Tetapi, ianya belum tentu selamat lagi! Ini berlaku kepada aku sekeluarga malam tadi. Di hadapan kenderaan kami, ada sebuah ambulan yang sedang perjalanan ke hospital berdekatan. Dan aku menjarakkan sedikit kenderaan kami kerana pasti ada sebuah atau lebih motosikal yang akan ikut serta ambulan itu. Ini memang pasti.
Dan lampu isyarat berwarna hijau di lorong aku. Dan seperti kebiasaannya, aku tidak akan memberhentikan kenderaan ( tidak pasti jika ada orang lain yang memberhentikan kenderaan bila lampu isyarat di lorong mereka berwarna hijau).
Dalam masa yang sama, ada sebuah kenderaan dari lorong lain, terus masuk simpang lain. Dan kenderaan itu betul-betul berhadapan dengan kenderaan aku. Aku boleh nampak wajah penumpang di dalam kenderaan terbabit ( Nampak sangat terkejut).
Aku sempat brek kenderaan aku, dan aku sangat pasti, jika aku tidak berbuat demikian, aku sudah pasti melanggar kenderaan tersebut. Dan ianya pasti akan mengundang masalah yang lebih besar!
Isteri aku hanya mengucap panjang di dalam kenderaan.
Alhamdulilah. Tiada apa-apa yang berlaku. Ini semua ketentuan Allah.
Dan yang pasti, lampu hijau belum tentu selamat!
Tiada ulasan:
Silalah tinggalkan komen anda yang bernas & membina. Komen yang menyentuh keagamaan, politik, atau yang boleh menimbulkan rasa tidak senang orang lain adalah dilarang. Sila tinggalkan juga URL blog kalian supaya kami juga boleh membalas kunjungan.
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.com